Thursday

Video seks Anwar Ibrahim dan Mat Sabu 1999




KUALA LUMPUR, 21 April — Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu.

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Semalam, Ismail berkata, polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam, Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Dalam surat terbukanya, Zain menambah, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan video seks pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan pada 1999.

Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes Anwar akhir 1990-an berkata, beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Zain juga berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video seks pertama 1999 tetapi gagal untuk mengenal pasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10.

“Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan video seks berkenaan,” katanya lagi dalam surat kepada Ismail bertarikh 18 April ini.

Beliau beberapa kali menghantar surat terbuka berkaitan kes Anwar sebelum ini.

Beliau menambah, memandangkan kumpulan yang menggelar diri mereka “Datuk T” — terdiri daripada Rahim, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggungjawab di atas penemuan dan penayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.


ReJaM© "Baru tau ada juga video seks 1999"

37 comments

12 taun punye cite?

skrip dah siap ke

sgt mengarut..bilale politik ni nk bebas dr isu seks..muak dh..

berkenaan dgn apa yg terjemah d dlm fakta,kita tidak mungkin boleh mengubah nya namun segala teknologi yg ada pada masa kini dpt merobah dr pelbagai sudut...kes seperti ini sepatutnya xboleh ditimbulkan dgn kadar tergesa2 dan sepatutnya d selidiki terlebih dahulu...andai kata vid berkenaan adlh sah,slh kah sekiranya menjalinkan hbgn seks???..sekiranya benar,dosa akan ditanggung oleh individu itu sendiri dan berkemungkinan akn merosakkan nama,itu sudah pasti...namun,sekiranya itu bukan individu yg seperti di war-warkan,please make sure org yg menyebarkan vid tersebut mendapat hukuman yg setimpal...sekiranya isu ini d perdebatkan,mengapa pihak tertentu tidak melakukan tugas seperti yg tlh dilakukan,ke atas pengedar vid lucah (local) seperti yg terang nyata lg bersuluh d dln youtube???...mengapa benda2 seperti ini hya timbul sewaktu pilihan raya sahaja dan bukan di hari2 yg lain???...please think on diz matter...kita manusia dan bukan jentera...Tuhan maha adil...

Apa2 serah pada peguam negara, sekarang ni isu video seks anwar dah jadi mcm tarik tali antara pihak polis dgn peguam negara,seolah mereka sedang menyebunyikan sesuatu pada rakyat, takkan sampai sekarang pihak polis x leh umunkan siapa pelakon video seks tersebut, atau pihak polis dah tau siapa pelakon tersebut....tapi

Tanpa nama... andai video ini sah, dia x salah??? mcm tu ke nak jadi pemimpin???? pemimpin berperangai liar?? mcm tu kita nak?? tapi saya setuju saudara kata, kalau video itu palsu, orang yang mengedar harus di hukum dengan berat kerana menjatuhkan maruah orang...

x dinafikan pemimpin kerajaan sekarang ada yang berperangai liar dan keji.... tapi x ada bukti, kalau ada bukti, mereka juga harus dihukum.. bukan dengan hanya dengar kat dari mulut pemimpin pembangkang..... tuduh najib letupkan altantuya... mana buktinya??? itu lagi teruk, fitnah membuta tuli....

satu lagi persoalan, video lucah di youtube.. anda dah tengok video tu?? lucah ke?? mcm mana nak sekat??? ada nampak orang berbogel?? ada nampak mereka buat aksi lucah??? paling teruk pun, mereka berpelukan jer... anda patut tngk, ada video lain lagi lucah dalam web tu... gambar orang beromen di taman2.... gambar orang meraba2 di atas moto.... kenapa tang pemimpin pembangkang nak kena ambil tindakan??? jawapan anda terlalu berat sebelah.. kalau da berjiwa pembangkang, memang jawapan pun mcam taik...... haihhhhhhh

oo.. patutla ummi berani cakap dia ada 18 siri video ni. rupanya skrip lama dimainkan balik...

siasat jangan tak siasat.



-pasepisepus-

Kepada tanpa nama 21 april 9:07am..Video tu kalau tak palsu pun dia dah kena sebab pertontonkan kepada orang , Sekarang ni bukan pasal video yang disebar melalui youtube, tapi masa tontonan di Carcosa yang mempunyai adegan lucah.

Pasal najib bunuh altantuya tu stakat ni memang tak ada bukti yang sahih, tapi kes ini perlu disiasat untuk membuktikan najib tu tak bersalah. Masalahnya kenapa tiada siasatan yang djalankan sedangkan kesnya ada. Kalau tak siasat lagi ko tak boleh juga cakap confirm najib tak bunuh altantuya tu.

Lagi satu, kalau ada bukti rais yatim tu rogol amah indon, ko rasa polis malaysia ni nak siasat ke?

mcm2







www.zyngapokerhack2.tk

kena ingat balik kes rais, adik amah tu yg buat laporan di migrant care kemudian si amah tu takut untuk cerita hal sebenar sebab rais ramai kenalan di indonesia. Sedar-sedar saja bila wartawan msia datang jumpa terus dia kata rais ni baik, jaga amah semua elok. Kenapa jadi macam tu?

semak la isu ni...ape pn x blehhh...!!!

Saya sokong sangat perkara ini disiasat. Polis mesti berlaku adil dalam siasatan seperti ini. Buka balik siasatan terhadap kes Altantuya. Kes tergantung begitu sahaja. Yang menjadi mangsa, dua orang polis berpangkat rendah dihukum mati. Itu bukan penyudah cerita.

DS Najib kata dia tidak terlibat dengan kes Altantuya, sila buat siasatan lanjut supaya rakyat mengetahui DS Najib tidak terlibat. Cari siapa mastermind terhadap kes-kes berprofil tinggi ini.

"Siasat dan terus siasat dengan adil"

-Dr. Latif-

TIPU UNDI MIRI....UMNO WAIT LA FOR GENERAL ELECTION....

http://beritasemasa.com/suruhanjaya-pilihanraya-raya-spr-tipu-undi-di-miri

MELAYU DGN MELAYU BERGADUH=BANGSA LAIN TERLONJAK2 GEMBIRA, TEPUK TANGAN, KETAWA TERBAHAK2=JAP LAGI TANAH WARISAN ORG MELAYU AKAN JADI MILIK BANGSA LAIN PULAK=BARU MENYESAL KEMUDIAN X BERGUNA...KEMBALILAH KEPADA AL QURAN DAN HADIS...

TIPU UNDI MIRI....UMNO WAIT LA FOR GENERAL ELECTION....

http://beritasemasa.com/suruhanjaya-pilihanraya-raya-spr-tipu-undi-di-miri

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/video-seks-anwar-ibrahim-dan-mat-sabu.html#ixzz1K7S8KXGN

TIPU UNDI MIRI....UMNO WAIT LA FOR GENERAL ELECTION....

http://beritasemasa.com/suruhanjaya-pilihanraya-raya-spr-tipu-undi-di-miri

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/video-seks-anwar-ibrahim-dan-mat-sabu.html

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/video-seks-anwar-ibrahim-dan-mat-sabu.html#ixzz1K7SDBLq3

aku percaya najib dan mak bond da dia yg terbabit dalam pembunuhhan ini....60% percaya?.

bila nak piliharaya aje mesti ada kes moral annuar lain kes tak ada .aku ni dah masak sangat dengan pemimpin juak -juak umno nak sesangat annuar ni dijatuhkan dari dunia politik.kami percaya kepada saudara annuar dan keluarganya difitnah. tengok aje video sex tulin tu banyak kelemahannya.kepada isteri pemimpin pati pembela rakyat kami berharap keluarga annuar ibrahim waspada selepas ini akan ada fitnah lain.rakyat malaysia sntiasa berdoa untuk keluarga datuk seri annuar ibrahim .bersabar aje.

aku tak percaya anwar dalam video sex tu.... -95% tak percaya anwar melakukanya..???? engtah lah macam tu agak nya.

kesian kat rakyat mesia selalu tetipu dan menipu

Salam semua.. i rasa hairan dan keliru... soalan 1. Langgan pelacur salah atau tidak? (bukan kontek agama) solan 2. Memiliki video lucah dan bagi org tengok salah atau tidak? solan 3. Tuduh orang ambil pelacur salah atau tidak? (bukan kontek agama dan kontek malaysia). soalan 4.Tuduh DS Najib terlibat kes monggolia tu salah atau tidak? I sebenarnya tak pasti semua soalan tu.. apalah salah nya kalau sesuatu aduan tu di semak secara menyeluruh... kalau DSAI tak buat maka takpa (siasat dulu). kalau isteri DS Najb tak terlibat takpa tapi (siasat dulu) semak hari tu dia ada dimana mcm juga DSAI... pada masa tu ada mana? Mcm mana kawan2 ///

MELAYU DGN MELAYU BERGADUH=BANGSA LAIN TERLONJAK2 GEMBIRA

++++++

umporno peduli apa bangsa nak hancur. Tuhan dan Nabi saw pun mereka tak ambiil kira, bangsa sendiri lagi lah tk penting.

kalau negara jatuh ke tgn musuh, mereka lari, hidup luar negara dgn hasil rompakan.

melayu umporno punca segala2nya. hapuskan umporno. musuh negara

beza anwar(PR) dan chua soi lek(BN) :

anwar difitnah cukup2 oleh umno disuruh letak jawatan(jawatan apa ek?)

soi lek mengaku sex video, disanjung dan diberi jawatan menteri. soi lek hero.

..........

beza anwar(PR) dan rais yatim piatu(BN) :

anwar menafi liwat, umno masih tk puashati, fitnah lagi, suruh sumpah, minta dna dll.

rais menafi rogol, dgn senang hati penafian diterima. tiada tindakan apa2. rais suci dan mulia.

UMNO = SYAITAN

12 tahun lepas pelakon tu sekarang dah 80 tahun

umno ni gelabah apam melayu ngan melayu gadoh orang lain sorak; bila melayu tindas melayu, melayu tipu melayu, melayu rembat harta melayu, menteri melayu buat statement dgn kepala lutut, bangsa lain lonjak lagi tinggi sorak lagi kuat tak kesah pulok?

knp anwar x mahu bekerjasama memberikan bukti (dna, bersumpah, jam omega, dll jika ada) ? sekurang2nya PM dah beri bukti yg diminta (berkenaan kes altantuya). camne? luaskan pemikiran. jgn bc blog pembangkang saje. kalau mahukan kebenaran, bc blog dr semua pihak. baru blh persoalkan itu dan ini.

kepala bapak ko najib bg bukti ape? terang2 c4 kene dapat kelulusan najib, kenapa tak siasat? ada gambar najib dgn altantuya kenapa tak siasat? kes komisen kapal selam kenapa x siasat? ape babi ko cakap najib bagi bukti, najib diam seribu bahasa kot kes altantuya..lu ingat org bodoh mcm bapak lu??

Dlu kes 99 anwar kene pukul sampai amik DNA ape jadi? bersumpah ulamak yusuf al-qardawi cakap tak payah sbb munafik mcm umno je suke sumpah2 sbb nak yakinkan org ramai bende x betul.

Bodoh betul penyokong UMNO, dah la tak nak islam..perangai dah mcm kapir dah..perangai munafik fasik ade dalam puak2 umno, agama bangsa suma ko tolak tepi..

amboi...setahu aku orang yg terima islam tak cakap mcm Tanpa Nama 21 April 2011 3:00 PM. itu namanya respon penuh emosi. kalau betullah apa yg kau cakap, respon la penuh berhemah. supaya orang boleh terima dan fikir kebenarannya. baca je stp baris ayat2 kau, astagfirullah yg akan terpacul semula. dr situ, dah tau pemikiran kau. sebetul mana pun perkara tu, kau tetap akan cari jalan utk tak membenarkannya. betul, Tuhan Maha Mengetahui. dan Tuhan murka dengan orang yg berkata2 hina terhadap ssorg. semoga Tuhan ampuni orang2 seperti kau dan juga kita semua.

Pemimpin UMNO syaitan kining.....pencacai macam PAPAGOMO setan gondol.....

ha ha memang gua manyak happy tgk melayu melayu bodoh bergaduh. manyak senang mau lampas kuasa dari orang orang bodoh ni.ekonomi gua pegang cikit lagikuasa politik ...ha ha gua punya limkit siang jadiPM. padan muka lu orang.Gaduh lah pasal video china doll.

China Tanah Besar

tanpa nama 3pm.

gua setuju ngan lu, mmg kepada org fasik n munafik
kita kena keras sikit,
buat tanpa nama 5.11pm kalu ko bukan dari puak fasik atau munafik xyah terasa. sbb org yg fasik dan munafik mmg patut dihina

hina menghina bukan ajaran islam. ape la kate nk membangun bersama islam, tapi cakap mcm xde iman. dari situ kite tau dah cmne atinye. kt cni PR ke BN ke bersopan la sket ckp,tunjuk kn la akhlak baik, baru islam tu nampak cantik. Lg 1 bacela paper2 2dua puak ni, byk perbezaanya. Org yg hebat bile ditimpa musibah, dia xkn ckp kasar, cool je tenang dan xkn balas balik ape yg dilemparkan..

Be end @ umnobongok, pegi mampos nk ? xabs2 ngn politik kotor ko u. dasar pale otak porn !

aku risaulah..kalau pihak UMNO sentiasa main jln kotor dan terus2an menhentam pembgkg dgn cara mcmni..rkyat terus berpch belah..nanti jadi kebangkitan rakyat mcm kat ngra2 Arab.. cukup2lah main jln2 kotor mcmnih..

sampy bila org Melayu Islam nak bergadoh..ya Allah..letih aku..

entah la, klu nk time pilihanraya jer mesti ada mende camni...bosan


EmoticonEmoticon