Bila Utusan tiada modal serang Anwar Ibrahim

KITA sudah sedia maklum bahawa Utusan Malaysia hanyalah sebuah akhbar "alat politik" yang menjadi pekakas kerajaan gerombolan songkok tinggi untuk mengekalkan kuasa mereka.

Tugas utama Utusan setiap hari adalah "menyerang Anwar Ibrahim" dengan apa sahaja berita untuk memburukkan beliau, tidak kiralah berita apa pun asalkan boleh memberikan persepsi negatif rakyat kepada Anwar Ibrahim.

Akhbar yang kononnya mendakwa mereka sebagai "penyebar fikiran rakyat", sebenarnya hanyalah "penyebar dakyah jahat". Kalau kita lihat, setiap hari ada saja cerita buruk tentang Anwar. Apa saja Anwar buat setiap hari akan diputar belitkan menjadi perkara jahat.

Jika anda tidak percaya sila pantau tajuk Utusan Malaysia setiap hari, pasti akan ada berita memburukkan Anwar Ibrahim. Utusan akan mencari jalan menghasilkan berita yang memburukkan Anwar Ibrahim.

Sebagai contoh lihat akhbar Utusan hari ini, [Utusan] Anwar Ibrahim ke luar negara pun boleh jadi isu? Tak ke bangang namanya? Anwar Ibrahim ke luar negara, diputar belitkan menjadi persoalan. Entah apa yang menjadi persoalan, kita pun tak tahu kah kah kah. Betul-betul akhbar gila merosakkan otak.


Kalau boleh Anwar Ibrahim masuk jamban buang air besar pun nak diputar belitkan menjadi persoalan yang mencurigakan kah kah kah.

ReJaM© "Sebab tu jualan akhbar Utusan semakin hari semakin merudum, siapa nak beli akhbar gila?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan