Thursday

Buku lucah Anwar Ibrahim pula disebarkan!




SEMAKIN hari, politik Malaysia semakin merapu dan menjijikkan. Bahan-bahan lucah benar-benar menjadi modal politik paling ampuh ahli politik gerombolan songkok tinggi untuk mengekalkan kuasa.

Tidak cukup dengan video seks, tuduhan seks, serangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku seks pula yang diklasifikasikan sebagai 18 SX berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label “18SX”.

Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual.

Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita.

Apa yang jelas, seks, seks, seks, dan seks akan terus menjadi modal kerajaan untuk memburukkan Pakatan Rakyat melalui serangannya ke atas Anwar Ibrahim. Secara langsung, rakyat yang menyokong kerajaan adalah rakyat yang menghalalkan, merestui, menyokong, politik lucah dan seks yang diamalkan oleh kerajaan hari ini.

ReJaM© "Bagaimana dengan anda? Adakah anda salah seorang dari rakyat yang merestui politik lucah?"


EmoticonEmoticon