Gempar! Nurul Izzah terima sms ugut cederakan anaknya

BERITA mengenai satu sistem pesanan ringkas(SMS) ugutan yang diterima oleh Nurul Izzah Anwar berlegar rancak di ruangan Twitter sejak kira-kira 1 jam yang lalu semasa artikel ini ditulis. Pengirim SMS ini mengugut akan mencederakan anak kepada Nurul Izzah jika Ahli Parlimen Lembah Pantai itu terus menyokong ayahnya, Anwar Ibrahim. Di bawah ini petikan daripada Twitter peguam Latheefa koya [TwitterLatheefa]


Difahamkan, Nurul Izzah ditemani peguam, akan membuat laporan Polis pukul 9.00 pagi esok di Ibu Pejabat Polis daerah Dang Wangi berhubung sms ugutan yang diterimanya [Twitter]

Kejadian ini benar-benar di luar jangkaan kita, malah seperti tidak masuk akal ianya boleh berlaku. Perkara ini dilihat pelik kerana si pengugut yang menghantar sms kepada Nurul Izzah seperti sengaja menunjukkan kebodohannya menjadi watak jahat. Seperti yang kita sedia maklum, setiap nombor telefon bimbit sudah didaftarkan dengan nama berdasarkan kad pengenalan pemiliknya.

Jelas sekali pengirim sms ini seolah-olah sengaja mencari masaalah menghantar sms begini. Ugutan melalui sms merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan mudah dikesan siapa pengirimnya kerana pihak polis memiliki pengkalan data untuk mengesan nama-nama yang telah didaftarkan bagi setiap nombor telefon.

Secara rasionalnya, sebaik sahaja laporan Polis dibuat pada esok pagi, pemilik nombor telefon yang mengirimkan sms ugutan tersebut sepatutnya "on the spot" akan dapat dikesan. Persoalannya siapakah pengirim sms itu? Adakah pihak lawan atau orang sendiri yang mengirimnya?

Seperti yang kita ketahui sebelum ini [Konspirasi], gerombolan songkok tinggi melalui hasil ramalan mimpi bomoh sarkas tahap longkang mereka sudah mula cuba menanamkan kepercayaan kepada rakyat, kononnya Anwar Ibrahim akan membuat sesuatu konspirasi untuk mencederakan diri sendiri.

Mereka mahu rakyat percaya Anwar ibrahim akan mencederakan, sabotaj, pukul, tembak diri sendiri untuk meraih simpati rakyat. Maka kejadian sms ugutan ini seperti langkah yang sengaja diatur, kemudian barangkali Anwar atau Nurul Izzah sendiri akan dituduh sengaja mengugut diri sendiri. Jangan terperanjat jika hari esok, pihak polis mengumumkan orang dalam sendiri yang mengirimkan sms ini untuk menggambarkan Anwar dan Nurul Izzah sendiri yang mencipta konspirasi ini.

Video di bawah ini menjelaskan segala-galanya.



ReJaM© "Tengok ragam politik Malaysia, dah macam tengok cerita hindustan..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan