Gempar! Suspek pelakon video seks akan dibongkarkan?

SEBELUM ini telah didedahkan bagaimana Eskay menggunakan video lucah untuk membantu proses perbicaraannya bagi mengaut untung sebanyak RM 20 juta, Namun ternyata usaha eskay sia-sia, video seks yang dijajanya langsung tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada proses perbicaraannya.

Sudahlah kalah kes saman RM 20 juta, kini Eskay berhutang pula dengan peguam sebanyak RM 300 ribu. Hidup eskay kini semakin tak menentu, semakin dihimpit kesusahan demi kesusahan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga rujuk link ini. Barangkali sumpah laknat sudah mula memamah dirinya [Eskay kecewa].

Apa yang jelas Eskay difahamkan akan terus menghilangkan diri, dia takut didakwa dan tidak mahu menjelaskan hutangnya sebanyak RM 300 ribu. Apa yang lebih menarik suspek pelakon video lucah termasuk tempat video lucah itu dirakamkan juga kini sudah dikenal pasti, hanya menunggu siasatan terperinci sebelum hal ini dibongkarkan, kemungkinan menjelang pilihanraya umum ke 13 untuk memberikan checkmate kepada Barisan Nasional.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, Anwar Ibrahim secara berseloroh di dalam perbualannya bersama kira-kira 2000 rakyat Malaysia juga sudah memberikan beberapa hint, bahawa suspek bertetek labuh dan berperut boroi sudah dikenal pasti [Malaysiakini].




ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya, tunggu dan lihat..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan