Harga gula naik lagi 20 sen bermula 10 Mei 2011

BERITA baik untuk semua penyokong kerajaan gerombolan songkok tinggi dan berita buruk kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. Harga gula naik lagi 20 sen berkuat kuasa mulai esok, 10 Mei 2011.

Seperti biasa alasan kerajaan, harga gula kita masih rendah berbanding negara-negara lain di rantau asia, kerajaan mahu berjimat cermat. Rakyat semua disuruh berjimat cermat bagi menyerap kesan hentakan kenaikkan harga barang kecuali Rosmah Mansor [Malaysiakini].



Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Apa yang pasti, seperti hari-hari yang sudah, kita ditipu lagi. Kerajaan yang mengagungkan slogan "rakyat didahulukan" ini menaikkan harga gula di saat harga gula di pasaran antarabangsa sedang mengalami penurunan.





Kerajaan ni cong je lebih, harga minyak diapungkan ikut pasaran antarabangsa lah, ikut harga minyak dunialah, tapi bila harga minyak dunia turun dia naikkan harga minyak untuk rakyat sendiri. Kali ini, harga gula dunia turun, dia naikkan harga gula untuk rakyat sendiri.

Oleh kerana Najib berani buat hal, ini petunjuk jelas bahawa tidak akan ada pilihanraya umum dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya sehingga 2012.

Jangan lupa baca keluhan wartawan Utusan Malaysia akibat kenaikkan harga barang rujuk sini [Wartawan Utusan]. Ingatnye kalau sokong kerajaan naikkan harga boleh dapat diskaun, tak dapat rupanya kah kah kah.

ReJaM© "Tak sabar nak tumbangkan BN PRU 13"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan