Kadar tarif elektrik akan dinaikkan mulai 25 Mei 2011

KEGAGALAN demi kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi semakin jelas di depan mata rakyat. Kerajaan kini sudah mula menganggap rakyat sebagai beban. Semua subsidi yang diberikan selama ini untuk membantu rakyat akan dihapuskan sedikit demi sedikit dalam program rasionalisasi kerajaan. Malah tanpa rasa bersalah baru-baru ini Najib menggelarkan subsidi kepada rakyat sebagai candu [Malaysian Insider].

Tidak cukup dengan kenaikkan harga minyak dan gula, kini kadar tarif elektrik pula akan dinaikkan bermula 25 Mei ini [Malaysiakini]. Manakala rakyat yang kurang cerdik terus diperbodohkan dengan propaganda media-media arus perdana yang tidak pernah gagal menyiarkan berita yang memuji-muji kemajuan negara.


Setiap hari keluar berita, Malaysia makin maju, Malaysia makin kaya, pendapatan negara semakin meningkat, negara kita disegani oleh dunia luar, perkembangan ekonomi negara semakin baik, duit negara semakin banyak. Tapi dalam masa yang sama kerajaan semakin liat untuk membantu rakyat melalui subsidi, malah subsidi mahu dihapuskan sama sekali.

Kalau dahulu, kerajaan masih boleh bergantung kepada saham bumiputera yang berjumlah RM 50 billion untuk menutup kepincangan urus tadbir ekonomi, tapi kini, saham RM 50 billion hanya tinggal Rm 2 billion, dan hal ini diakui sendiri oleh Najib Razak baru-baru ini.

Maka tidak boleh tidak, demi mengekalkan kuasa Barisan Nasional untuk terus memerintah negara ini, mahu tidak mahu, rakyat terpaksa bekorban, terkorban dan dikorbankan demi kelangsungan hidup pemimpin gerombolan songkok tinggi.

ReJaM© "Rakyat semua mampos tak mengapa asalkan pemimpin terus hidup mewah gaji pemimpin satu sen tak dikurangkan"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan