Panas! Ada pihak cuba bunuh Anwar Ibrahim ?

BERITA yang dipetik daripada blog Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemandu kepada ketua pembangkang itu, yang sudah bekerja dengan beliau selama 28 tahun, Abdullah Sani bin Haji Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square hari ini berikutan mengesyaki ada unsur-unsur sabotaj kepada kereta yang biasa digunakan untuk menghantar Anwar dan keluarganya.

Malah satu kemalangan telah berlaku sebelum ini pada 19 hb April 2011 yang lalu. Pihak media turut dijemput hadir membuat liputann terhadap laporan Polis yang akan dibuat hari ini [Anwar Ibrahim].


Apa yang jelas sebelum ini dalam entry yang lepas [Konspirasi mimpi], perancangan untuk menganiaya Anwar Ibrahim sudah jelas kelihatan melalui sebuah video seseorang yang mendakwa kononnya bermimpi Anwar Ibrahim akan mencederakan dirinya sendiri. Video yang menjadi lawak terhebat ini sebenarnya mempunyai makna tersirat yang sangat besar. Bagaimana anda boleh membayangkan mimpi seorang badut sarkas di bawah ini boleh dikira sebagai satu kepentingan rakyat? Saksikan video di bawah.



Orang di dalam video ini mahu rakyat percaya jika apa-apa berlaku ke atas Anwar Ibrahim, maka itu adalah konspirasi Anwar sendiri. Seperti sebelum ini semasa Anwar masih di dalam tahanan, Tun Mahathir dengan spontan mengatakan mata Anwar lebam kerana Anwar menumbuk matanya sendiri. Kali ini jika Anwar Ibrahim tercedera atau kemalangan, mereka mahu rakyat percaya Anwar yang mencederakan dirinya sendiri. Kalau dilihat keadaan hari ini, seolah-olah mimpi badut sarkas di atas hampir menjadi kenyataan.

Hal ini menjadi satu lagi sebab yang menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim akan berada dalam bahaya sekiranya beliau melafazkan sumpah laknat. Sekiranya beliau melakukan sumpah laknat, kemudian beliau disabotaj oleh pihak tertentu sehingga cedera atau berlaku kemalangan, tentu sekali akan wujud propaganda kononnya Anwar Ibrahim dimakan sumpah laknatnya sendiri.


ReJaM© "Dunia politik semakin keliru, mimpi sarkas pun boleh jadi kepentingan rakyat, ini sudah melebihi tahap gila yang dibenarkan..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan