Perdana Menteri Najib bongkarkan fitnah Utusan

LANTARAN sedar bahawa isu agama yang dimainkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini di bawah tajuk "Kristian Agama Rasmi?" boleh memerangkap UMNO dan Barisan Nasional, Najib Tun Razak terpaksa tampil menghentam kembali akhbar milik UMNO itu secara tersirat [Malaysian Insider].

Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa tidak ada sebarang kemungkinan bahawa DAP boleh membuang Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jelas sekali Utusan Malaysia sekadar menabur fitnah jahat seperti yang pernah didedahkan di MiLo SuaM baru-baru ini rujuk link ini [MiLo SuaM]


Ternyata Utusan Malaysia sengaja mencetuskan provokasi agama dengan menanamkan kebencian orang-orang Melayu terhadap penganut agama Kristian di negara ini. Dengan hanya berbekalkan maklumat longkang daripada dua buah blog pro Barisan Nasional, Utusan Malaysia merendahkan etika kewartawanannya semata-mata untuk menyebarkan dakyah bagi melaga-lagakan antara penganut agama Kristian dan Islam.


Sebelum ini Utusan Malaysia juga telah berjaya menipu Najib apabila cuba melaga-lagakan beliau dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Utusan menyiarkan berita putar belit apabila melaporkan kononnya Anwar Ibrahim menggelarkan Najib Tun Razak dengan gelaran "Pandy Kutti" yang bermaksud "anak babi" di dalam bahasa India, rujuk link ini [Najib ditipu Utusan]. Video rakaman sebenar ucapan Anwar Ibrahim mendedahkan perkara yang sebenar yang jelas sekali bercanggah dengan laporan Utusan Malaysia itu.


ReJaM© "Nampaknya akhbar gerombolan songkok tinggi dah berani pedajalkan Najib"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan