Sunday

Pilihanraya masa terbaik cukong tambah kekayaan


SALAH satu perkara penting yang harus diketahui oleh rakyat ialah dari mana datangnya sumber kewangan sesebuah parti politik untuk menjalankan kempen terutama di saat pilihanraya berlangsung?

Pakatan Rakyat diketahui umum mengumpulkan dana melalui derma orang ramai dalam setiap kali ceramah-ceramah yang diadakan, ada juga pendapatan yang diperolehi melalui penjualan buku-buku seperti buku jingg dan lain-lain.

Dari mana pula dana Barisan Nasional diperolehi?

Barisan Nasional memperolehi sumbangan dari orang kaya, syarikat-syarikat besar dan tokey-tokey cina sebagai dana kempen mereka selain menggunakan jentera-jentera kerajaan secara terang-terangan seperti RTM, helikopter, kenderaan-kenderaan kerajaan dan sebagainya.



Kata orang "Kerana budi tergadai body". Inilah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Barisan Nasional. Syarikat-syarikat besar dan orang kaya, tokey-tokey cina dan cukong mereka mengambil peluang untuk berbudi kepada Barisan Nasional semasa kempen, untuk meraih imbuhan selepas BN menang pilihanraya.

Golongan-golongan berduit dan kaya raya ini tidak pernah menyumbang duit demi perjuangan UMNO dan BN. Ini bukan soal perjuangan, tetapi soal keuntungan. Mereka hanya akan menyumbangkan wang ringgit jika ada keuntungan. Pergi mati dengan perjuangan, mereka ahli perniagaan bukan ahli politik.

Tidak hairanlah harga barang naik selepas pilihanraya kerana BN harus membalas budi tokey-tokey cina. Tidak hairanlah projek-projek kerajaan jatuh ke tangan cukong (kroni) dengan harga yang tak masuk akal, kerana BN harus membalas budi cukong. Jangan hairan satu hari nanti tokey-tokey, cukong-cukong akan memporak perandakan Malaysia kerana kerajaan sudah terlalu banyak berbudi kepada mereka.

Dari akar umbi sampai ke pucuk pimpinan perjuangan Barisan Nasional adalah perjuangan mencari keuntungan, mencari duit. Tukang pasang bendera sahaja tidak sanggup bekerja tanpa duit. Lihat sahajalah, pencacai paling bawah sudah disogok dengan duit, apalagi orang-orang atasan?

Mereka mengaut keuntungan dan kekayaan untuk anak beranak mereka, rakyat dan pencacai murahan gerombolan songkok tinggi hanya mampu menggigit jari. Mereka terus dijangkiti virus bebalisme kerana terlalu banyak menonton Utusan Meloya, TV3 suku, Berita Hairan dan sebagainya.

ReJaM© "Politik sudah jadi peluang perniagaan anak beranak, cukong dan kaum kerabat"

19 comments

Patutlah baru-baru ni Syed Mokhtar Bukhari ambil alih Pos Malaysia. Nak bals budi rupanya hampeh kerajaan ni...

ooooo...tk betul la berita sblm ni yg kata BN guna duit rakyt utk kempen pilihan raya

syed bukhari kalau bukan kerana kerajaan takde nye kaya camni.. diapun kaya kerana dapat permit beras,,hmm..patutla lepas pilihanraya je mesti ada barang naik

Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia

kenapa bantah email 1Malaysia


Ada apa dengan dara

rejam smart..cun....artikel yang smart...

mai download ceramah bob lokman n ustaz shapidan (klu x silap)...

http://hayatuldinulislam.blogspot.com/2011/05/sapa-nak-downloadmai-pakat-kita-dengar.html

asal sapa dpt kntrak kerajaan habis la

apa pulak xpakai duit rakyat.. kat atas tu dah sebut kata "menggunakan jentera-jentera kerajaan secara terang-terangan seperti RTM, helikopter, kenderaan-kenderaan kerajaan dan sebagainya."
semua tu datang dari duit rakyat..

TNb 11.22 kena cri fakta dulu kenderaan2 awam tu guna atas kapasiti apa? adakah atas tugas sbg PM? adakah termaktub PM tk blh berkempen? aku tak tau sbb tu tk berani tuduh? Cari jugak PM tu kena beri kawalan mcm mn? lain la kalau malaysia ms tu dh bubar parlimen

Tanpa Nama 1 Mei 2011 11:11 PM

"ooooo...tk betul la berita sblm ni yg kata BN guna duit rakyt utk kempen pilihan raya"

-------------------------------------------------------

Mana ade BN slama ni pakai duit rakyat utk pilihanraya kan.. kan.. kan.. smer sumbangan ahli korperat & konglomerat. Ape barang kutip derma, brape sgt dapat!!! lg menyusahkan rakyat ade je laa.. kan.. kan.. kan..

Tp bile konglomerat dapat projek balasan gomen, naik laa pelan2 servis caj, barang2 naik slow2.. naik pon 5 sen, 2 posen je.. Ibarat kalu gula naik 2 posen 1kg, air sgelas pon bleh gak naik 2posen. Faktor perubahan ekonomi global laa kata org.. Kalu sbg biznes minded, tentu laa kena cover balik kos melepas. Mana leh nega rugi.. Tambah2 kalu GLC company. Mane bleh kasi rugi krn utk kepentingan rakyat. Silap2 gomen kena cover rugi. Mcm MAS tuh dan byk lg lahhhh... Smer tuh, bukan duit rakyat, tp ntah.. duit sape ntah!!!

Mcm bayar cukai LHDN gak laaa, ada org kata, brape sen benor korang bayar tax setahun sampai bising2 sluruh alam. Rata2 kalu income bwh RM2500 sebulan tuh, gamaknya x perlu bayar je.. So, bg org2 income bwh RM2500 sbln jgn nak melalak pasal bayar cukai.

Tapi ramai yg buat2 x sedar je, setiap rakyat sbenarnya bayar cukai. Malah sebhgian besar pendapatan adalah utk bayar cukai kepada gomen. Smer barangan sbnrnya dah ready tax. Contoh mudah, byar ansuran kereta. Scara purata aku andaikan gomen kenakan tax 100% dr nilai asal kreta. Kalu ansuran kereta korang RM500 sebulan, bermakna korang bayar tax pd gomen RM250 sebulan.. Banyak tuhh.... tu belum kire cukai korperat iaitu keuntungan pihak pemberi pinjam (bank) yg bayar cukai sehingga 25%. Korang igt bank saje2 nk bg hadiah pd gomen je ke kalau masakan dia org x kutip dr peminjam hasil dr faedah/interest? sapa peminjam, bukankan aku dan korang smer sbg rakyat????

Haha nice one Pelangi Malam =)

tan sri memang kroni Dr M, dari dulu lagi kn?

tak yah bimbang....lps PKR menang kita tkr ekonomi kpd free off charge...ada cantik...kalau free off charge tk pyh la ada kerajaan perintah malaysia...masing2 perintah diri sndri...aku suka tu

pelangi malam...terbaikkkk tpi aku pnjm loan keta 50% je then bank tk leh dpt untung byk dri loan aku...heheheeeeee

pelangi malam...itu kalau beli keta...mmg rugi coz keta nilainye menyusut....tpi kalau beli rmh mellaui pnjmn bank....nilai keselurhn laon akan ditampung oleh kenaikan harga hartanah...purata hrtanah kt msia naik 10% sthn. respect pd sorg hamba allah yg aku kenal... beli rmh tnp buat pnjmn bank tpi keta yg digunalan alahai...cabuk...akhirnye dia ada 5 buah rmh bru dia tukar keta baru.

berita kantoi PRU 13 ,

UMNO (BN) sinonim dengan membeli kertas undi menjelang PRU 13 1 Malaysia , untuk sekian lamanya UMNO (BN) menentukan harga yang seciput untuk memangkah dacinG tipu penjual , kali ini rakyat nak sekolahkan balik pemimpin BN . PRU 13 kali ini penjual menawarkan kertas undi kosong RM 5000 pangkah dacing RM 5000 lagi . bermula hari berkempen 10 hari yang dibenarkan oleh parti SPR setiap satu hari UMNO (BN) tak layan harga kertas undi naik RM 3000 sehingga hari mengundi . urusan jual beli tiada selepas hari mengundi . sebab UMNO (BN) kaki tipu rakyat . urusan jual beli kertas undi hanya melalui bayaran tunai . cek tak diterima . hasil urusan jual beli kertas undi boleh menyelesaikan beban rakyat . contohnya hutang PTPTN , kad kredit , insuran kereta , saman ekor , sewa beli kenderaan , bajet persekolahan anak2 , dan banyak lagi keperluan kehidupan . cuba fikirkan sekiranya seisi rumah 5 orang layak mengundi berapa nilai tranformasi kertas undi rakyat ? ? ? selamat berurusan jual beli !

Bila PRU diletak di bawah UMporNO/BN. Terpaksalah rakyat menunggu lama lagi untuk memangkah. Diharapkan rakyat dapat terus bersabar.

-Dr. LatiF-

KERJASAMA 3 RANGKAIAN DEMI UMPORNO

umporno, ahli perniagaan, ketua2 jentera kerajaan yg melacurkan integriti amanah jawatan mereka adalah tiga rangkaian yg sentiasa bekerjasama berasaskan konsep yg disebut najib sebagai...

'I HELP YOU, YOU HELP ME'

peniaga akan diberi peluang memeras rakyat dan mengaut keuntungan paksa rela tapi mesti membantu umporno dan bn memang setiap kali pilihanraya.

ketua2 jentera kerajaan akan diberi imbuhan dgn membantu melacurkan integriti mereka demi memenangkan umporno.

PENIAGA DIPELIHARA, RAKYAT DIPERAS

kerana itu harga barangan tidak dapat di kawal. keperluan air dan letrik diswastakan dgn kos yg sentiasa dinaikkan dgn alasan lembu.

umporno jg pernah menunjukkan sikap memihak kepada swasta dlm saman kerajaan PAS kelantan terhadap petronas. ini kerana petronas ialah tabung duit umporno, persetan dgn rakyat kelantan.

SUMBANGAN HALAL DAN HARAM DITELAN UMPORNO

ini belum dikira lagi sumbangan tokeh2 judi yg ditelan umporno menjadi darah daging mereka. itu sebab cakap la apa pun hujah nas agama dalam setiap isu, tidak menjadi apa kepada umporno, hati seolah2 sudah mati.

HANYA UMPORNO PPINANG MENOLAK DUIT JUDI, KUNUNNYA

darah daging mereka telah sebati dgn sumbangan duit judi. hanya beberapa kerat org tua renta umporno saja yg menolak RM100 sumbangan kerajaan PPinang konon tak rela cekik duit judi.

UMPORNO BUAT DUIT

tidak cukup dgn sumbangan halal haram tokeh2 utk membantu umporno, mereka juga membuat duit no siri sama utk tujuan pilihanraya. duit yg digunakan utk upah pencacai buat kerja2 bangsat pilihanraya. paling ketara digunakan dalam pilihnaraya sabah 1986.

cuma tidak pasti adakah mereka masih guna taktik sama utk pilihanraya dekad ini.

Sesiapa yang belum mendaftar dengan SPR untuk menjadi pengundi silalah berbuat demikian segera sebelum September 2011 kerana dikhabarkan awal 2012 akan berlaku PRU13..

Bangkang dengan UNDI, UNDI dengan penuh kefahaman..

UNDILAH BARISAN NASIONAL... JGN UNDI PEMBANGKANG KELAK BURUK PADAHNYA


EmoticonEmoticon