Selangor capai pelaburan asing tertinggi di Malaysia



Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut.


Jumlah pelaburan asing yang tertinggi

Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.

Johor diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Selangor juga telah mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek.

Jumlah peluang pekerjaan yang kedua tertinggi

Di samping itu, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.

Pelaburan asing dan tempatan yang seimbang

RM 1.5 billion atau 60% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40% atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta.

Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan yang popular

Jumlah pelaburan asing dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan [Teresa Kok].

ReJaM© "Tahniah di atas pencapaian cemerlang negeri Pakatan Rakyat"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan