Sunday

Tidak perlu adakan PRU 13 sehingga 2012 - Dr M


MENGULAS teka teki tentang tarikh Pilihan Raya Umum 13, Tun Mahathir mencadangkan agar kerajaan tidak mengumumkannya sehinggalah sekurang-kurangnya 2012. Kenyataan beliau itu dipetik daripada laporan Malaysiakini hari ini.


Menurut Tun Mahathir, merujuk kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, nampaknya Barisan Nasional tidak yakin untuk menang. Maka BN harus melakukan Pilihan Raya di saat mereka benar-benar yakin untuk menang.

Tun Mahathir sempat menyebut pihak yang memainkan sentimen perkauman yang melampau. Katanya "Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini. "

Apa yang jelas Utusan Malaysia kini sedang giat memainkan isu-isu perkauman yang extrimist malah turut memainkan sentimen agama yang melampau yang bakal mengundang perpecahan di antara masyarakat. Malah ia dilihat mampu mencetuskan pertumpahan darah seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 di mana pada waktu itu Barisan Nasional kecundang di 5 buah negeri rujuk sini [Agama Rasmi].

Anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana sentimen agama yang dimainkan oleh Utusan Malaysia semalam benar-benar berjaya menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap Kristian. Darah pahlawan orang Melayu mendidih untuk berperang dengan orang-orang bukan Islam terutamanya Kristian, rujuk pada ruangan komen di sini [Agama Rasmi]


Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak dilihat akan mencetuskan huru hara dan pertumpahan darah di antara rakyat untuk terus berkuasa. Apabila rakyat di dalam keadaan huru hara, maka mereka dengan mudah akan memohon agung mengistiharkan darurat serta merampas perlembagaan negeri-negeri yang bergolak. Kemudian Barisan Nasional akan kembali berkuasa kononnya demi keamanan. Hal ini telah berlaku pada 1969.

Dengan cara itu Barisan Nasional dapat memerintah dalam masa yang lebih lama sekurang-kurangnya sehingga generasi yang terlibat dan trauma dengan pertumpahan darah ini semua kembali ke rahmatullah. Sepanjang tempoh masa itu rakyat akan terus memilih Barisan Nasional kerana trauma jika pembangkang menang lagi maka pertumpahan darah akan kembali tercetus.


Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini dari tercetus? Caranya mudah, jangan peduli dengan sentimen kaum dan agama yang dibangkitkan oleh kerajaan melalui Utusan Malaysia, TV3 dan media arus perdana yang lain.

Kaum Melayu jangan cepat melenting, jangan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah bodoh dan bangang daripada kerajaan yang gila kuasa ini. Maka kita tidak akan berperang dan bergaduh sesama sendiri. Jangan peduli juga dengan artikel-artikel serta VCD-VCD berbaur perkauman dan Agama yang anda terima. Itu semua bohong, sengaja nak naikkan darah anda supaya anda mahu berperang dengan orang bukan Islam.

Sayangilah keamanan yang telah kita kecapi ini, jika kita bergolak sesama sendiri maka kuasa luar akan masuk campur dan mengambil alih negara ini dengan pelbagai cara. Hal itu janganlah sampai terjadi di negara kita.


ReJaM© "Ahli politik BN tidak peduli nyawa rakyat, mereka hanya mahukan kuasa... "

19 comments

yupp...keadaan makin membimbangkan.. jangan ada dari jeling menjeling antara kaum bermula..kemudian ada tangan yang naik..mahathir sangat bijak memilih tarikh pilihanraya mengikut rekod2 sebelum ini.. mungkin ada ops pembersihan sebelum pilihanraya..sebab itu PR jgn terlalu mengikut arus.. nnt terperangkap

Ron 97 naik..ron 95 turun

Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

btol2 bhaye bile mereka mainkn isu cmni,seolah2 nk mnutup ksalahn yg mreka wt,ap nk jadi ngn mreka ni..

susah bila kepentingan peribadi dipolitikkan..

Jom Tengok :
Pakai Baju Tapi Bogel!!

Tun lebih tauu......hapuskan sentimen perkauman dulu....baru aman masa dan selepas pilihanraya.....x kira la parti mana yang menang.....

Kita2 yang ada kesedaran ini giatkan lah usaha2 penerangan tentang apa yang kita faham..

Media adalah kotak hipnosis.. Anda2 yang tidak terhipnosis sila2 lah gerak dan jagakan org2 yg terhipnosis itu..

Mulakan dengan org yg terdekat..


Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang yang beriman & beramal soleh, serta yg berpesan2 kepada kebenaran (Hak) dan yang berpesan2 kepada kesabaran..


Semoga Allah merahmati mu orang2 yang saling berbantu-bantu..

Meloya:"apa sal tk boleh?"
Bibir Merah:"gile kau...nak mampos..kau punnya hal la ni.. spoil btul.. kau pegi cerita bukan2 tu buat apa..tk pasal2 aku kena lambatkan..ingtkn nak buat 11.11.11 ni..

Meloya:tak pe la bro..11.11.12 boleh apa..
Bibir merah:"kepala hotak kau..ptt la kau meloya..idea bodoh."

Detik penentu MU dan Chelsea malam ini

sokong, asal ada kuasa..rakyat pegi mampus.

Apabila puak2 UMporNO ni merasakan agama Islam itu hak eksklusif/isti mewa Melayu,maka selagi tu lah kacau: mereka rasa apabila menganut Islam maka otomatik lah masuk syurga sedangkan di dunia ni tak pernah solat, minum arak, merompak hasil mahsul negara, menipu rakyat miskin, memakan harta anak yatim dan juga yg X yatim, menfitnah, melakukan zina, membunuh org Mongolia, namakan apa saje yang dilarang Allah semua mrk lakukan!!! Sedangkan dalam Islam kita sebagai umat kepada agama yg mulia dan sempurna ini wajib menunjukkan contoh yg baik, berdakwah mengajak yg bukan islam utk menyembah Allah snt, tapi dah perangai macam melaon, lanun, mcm mana lah nak berdakwah, mengajak ke jalan yang benar sedangkan dia tak lakukan pun apa yang diperintahkan!!Sungguh memalukan puak2 Melayu UMporNO, lepas tu berhajat nak ajak PAS join dia...orang giler aje yang nak puak keparat gila kuasa ni..Bangunlah wahai bangsa Melayu, jangan anda mudah tertipu dgn mereka lagi...UBAH LAH...

betul tu..skang ni orang dok main isu2 perkauman dan agama..bahaya tol..

Orang melayu kelas bawahan bergaduh sesama sendiri, orang melayu kelas atasan enjoy the show.

camne klw tibe2 najib cakap PRU 13 ni 11.11.11? haa, jgn relax sgt dgn kate2 madey ni. saje nak bagi PR off guard la tu kot. haha~

setiap agama ade kepercayaan masing2
muslimin dan muslimat semua harus la menghormati satu sama lain
ambil satu cth y plg mudah ktka zmn Rasullullh
suggh pn ketika itu Baginda mntdbir Madinah..tp Baginda tidk pernah memggrkan gologn bukan beragama Islam sdgkn dalam Islam sndri ade mnybt tiada perbezaan taraf,warna, dan sebginye bila kita seorg Islam.sy kira apabila Malaysia mnggnkan prinsip sprti Baginda tiada maslh perkauman..sekali pn rakan kelas sy y beragama Kristian/Buddha mereka menghormati kita sbg org Islam.jgn la kita sbgi Islam x mnghrmtinya pula.

Isu perkauman yang dimainkan oleh Utusan Malaysia dan beberapa akhbar utama negara bakal membuatkan negara huru-hara. Mengapa kerajaan BN tidak menyaman sahaja akhbar-akhbar dan media utama ini?

Buat-buat tidak nampak kah? Atau mereka sendiri yang menyuruh media utama ini memporak-perandakan keamanan negara ini? Dari segi cara mereka, memang sukakan keganasan, mana tidaknya, setiap ceramah atau demostrasi aman pasti akan huru-hara disebabkan pihak berkuasa masuk campur. Atas arahan siapa?

"Marilah kita fikirkan. Siapa musuh dalam selimut sebenarnya"

kuasa yang diorang nak..ape diorang engat rakyat ni buta?..x tau ape2..kami x bodoh la..
dan diharap blogger2 yg mcm ni terus kekal untuk bagi informasi..media arus perdana..mmg xleh pakai..byk sgt tokok tmbah n mmg under kerajaan..

BOLEH PERCAYA KE KATA2 MUNAFIK?

pertamanya perlu diingat kata2 'doktor dok di rumah' bukan boleh dipakai sgt. hari ni kata lewat lg, esok tiba2 cepat. tektik lama yg dah lapuk la katakan.

melihat senario PR sarawak, bontot saifool yg dah menguncup dan video bodoh lembu siam, maka org ini tidak yakin PRU13 akan membanggakan bn.

senario pilihanraya singapura pula memperlihatkan trend rakyat mahukan perubahan melanda di mana2.

BERITA MUBARAK MAHU BANTU BN DLM PRU13

tercatat berita kaki tv3/4 hari tu mencatat mubarak akan membantu bn dlm PRU13. tk pasti mubarak firaun mesir atau bekas pelari negara.

kalau mubarak firaun tu, maka ia perlu kpd kempen menghalau dia dpd menyibuk dlm urusan negara.

ORG TUA DOK DIRUMAH TAKUT BN KALAH PRU13

org tua ni memang sgt takutkan PR menang kerana byk jenayah. kalau kes buku nyanyuk dia tu dibicara dan disaman ke mahkamah pun, sampai matilah dia ni akan turun naik mahkamah. minta soalan bocor byk lagi. seorg diktator memanglah seorg yg penakut.

PAKLAH SUDAH PENCEN, MAHATHIR MACAM CACING KEPANASAN

sedang PakLah berehat2 selepas pencen menonton khairy terjun payung, org tua di rumah ini seperti cacing kepanasan menyibuk dalam politik negara. sudah tentu ada agenda.

MAHATHIR AKAN KATA NAJIB BERSALAH KALAU BN KALAH PRU13

bagaimanapun kalau dia punca kekalahan teruk bn dlm PRU13(amiiin ya rabbal alamiin)...maka selepas itu nanti dia akan tulis siri kedua buku yg menerangkan bahawa bukan dia punya kekalahan bn. mesti salahkan najib. dia takde kuasa.

tapi ketika itu tajuk buku tu ialah..

'SEORANG DOKTOR TUA DI PENJARA'.

hihihih

Em rasenye mmg blum sesuai sbb PARTI DAP mainkan isu2 yg sensitif, mmg bahaya. Tgk prn kt sarawak lpas, diorang berjaya mainkan isu kaum cina. Kita harap rakyat malaysia dapat berfikir derngan waras. Jgn ulangi lg peristiwa berdarah 13 Mei 1969. jgn la org2 melayu islam berpecah belah.

Kalau PRU xnak diadakan sebelum 2012, kita buat la PRU 13 masa 2020! Haha


EmoticonEmoticon