Wednesday

Hebat! Video lucah disebarkan untuk semua lapisan umur!


SATU lagi email diterima daripada salah seorang pembaca MiLo SuaM mendedahkan usaha menyebarkan video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim didakwa didalangi oleh gerombolan songkok tinggi.

Apa yang lebih membimbangkan, video lucah kali ini didakwa disebarkan di dalam semua peti surat di sebuah apartment Genting Court Setapak. Jelas sekali video tersebut sengaja disebarkan untuk semua lapisan umur tanpa mengira jantina dan bangsa.

Di bawah ini screenshot email yang diterima beserta VCD lucah yang dimaksudkan.

Pakatan Rakyat menawarkan perancangan ekonomi yang menyenangkan rakyat, melalui buku jingga dan janji 100 hari jika berjaya merampas Putrajaya. Air percuma, penghapusan Tol seluruh Malaysia, Wifi Percuma seluruh Malaysia, kenaikkan gaji guru sebanyak RM 500 sebulan dan sebagainya.

Rakyat menanti tawaran yang lebih hebat dari kerajaan Barisan Nasional, menanti tawaran yang lebih baik dan lebih menyenangkan dari BN sebagai saingan sihat terhadap janji 100 hari Pakatan Rakyat. Namun yang tiba hanyalah video seks, video seks, video seks, dan video seks.


Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana minda anak-anak kita dijahanamkan dengan video lucah seperti ini demi mengekalkan kuasa Barisan Nasional. Hidup Barisan Nasional! Hidup Video lucah! Hidup Politik Lucah!

ReJaM©"Teruskan menyokong Barisan Nasional untuk menerima lebih banyak video seks!"


EmoticonEmoticon