Tuesday

Lebih sejuta rakyat menyokong Perhimpunan BERSIH 2.0


DALAM keadaan kerajaan gerombolan songkok tinggi cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 "walk for democracy" daripada diadakan pada 9 Julai 2011 ini, menggunakan pelbagai teknik provokasi, ancaman dan ugutan melalui media-media arus perdana, ternyata gerombolan songkok tinggi merangkap gerombolan video lucah bagaikan "cuba menahan hujan dengan tudung saji".

Undian yang dilakukan oleh The Star Online menunjukkan bahawa lebih sejuta rakyat bersetuju perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan terus diadakan [Malaysiakini].



Keputusan bancian ini menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama yang membaca akhbar The Star Online menyedari bahawa satu perubahan perlu dilakukan terhadap pilihanraya Malaysia. Rakyat Malaysia kini matang, dan sedar ketidak adilan yang berlaku pada setiap kali pilihanraya maka rakyat menuntut keadilan.

Negara ini negara rakyat, negara ini milik rakyat bukan milik menteri-menteri, bukan milik perdana menteri dan juga bukan milik Bik Mama. Kami rakyat Malaysia mahukan pilihanraya yang bersih, adil dan telus, ini hak kami rakyat Malaysia.

BERSIH 2.0 menuntut hak rakyat, maka kami sokong! Suara rakyat suara keramat!

ReJaM© "Bik Mama beli beg tangan harga RM1 Juta kami tak sokong!"




EmoticonEmoticon