Najib Razak dan Bik Mama Tunisia dipenjara 35 tahun

GUA terbaca tajuk berita akhbar Berita Harian semalam, gua terpandang berita pasal Perdana Menteri Tunisia dan isterinya yang digulingkan oleh rakyat baru-baru ini. Kalau lu orang tengok sebelum ni, PM Tunisia, Ben Ali dan bini dia Laila Trabelsi ni punyalah suci masa pegang kuasa dulu.



Media Tunisia dia boleh kawal ikut suka macam bapak dia punya media, semua cerita yang bagus-bagus pasal dia je yang keluar kat media Tunisia. Bini dia si laila Trabelsi pulak berlagak baik, hari-hari keluar kat media, hari-hari bagi derma kat yayasan kebajikan. Kalau ikut pada laporan media Tunisia, Laila Trabelsi adalah wanita paling dermawan di Tunisia dan Ben Ali adalah Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat.

Namun hakikatnya, harga barang naik tak berhenti-henti, harga barang keperluan harian naik, harga gula, minyak, gandum dan sebagainya. Pengangguran semakin meningkat di Tunisia, namun kerajaan Tunisia di bawah pemerintahan Ben Ali memberikan pelbagai alasan untuk menyekat kemarahan rakyat.

Akhirnya kerana seorang graduan penjual buah-buahan yang membuat protes dengan membakar dirinya, rakyat Tunisia bangkit menumbangkan Kerajaan Ben Ali dan Laila Trabelsi. Kini segala kelentong Ben Ali dan Laila Trabelsi (sebut Najib dan Bik Mama Tunisia) sudah terbongkar. Pencuri duit rakyat ini terpaksa merengkok 35 tahun dalam penjara.

Di Malaysia pula sekarang ni media-media kawalan kerajaan menyiarkan berita-berita yang mengampu Najib dan Bik Mama seolah-olah mereka manusia suci dan bersih ditambah dengan maksum. Semua kebocoran duit tak mahu disiasat, semua kes yang melibatkan orang atas dilenyapkan begitu saja.

Lu orang nak tengok orang-orang pangkat besar ni masuk penjara? Jom kita kasi tumbang Barisan Nasional. Satu-persatu menteri akan dipiat telinga untuk mereput dalam penjara. Tak percaya cubalah...

RentaP© "Bik Mama punya beg tangan pun sampai beratus ribu harga lu nak kata dia bersih? Khak Ptuih!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan