Pemuda Umno sertai perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai ini

MESYUARAT Pergerakan Pemuda Umno hari ini telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan yang sama di tempat yang sama dan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan "walk for demokrasi BERSIH 2.0" pada 9 Julai ini [Malaysiakini].


Sekali imbas sepertinya pemuda Umno mahu membuat satu perhimpunan bagi menentang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, tapi apa yang jelas mereka akan turun bersama-sama untuk berarak dan pastinya akan membuatkan perhimpunan ini menjadi bertambah meriah.

Dua kebarangkalian yang tersirat.

1- Pemuda Umno sengaja membuat keputusan begini sebagai satu tindakan sabotaj kepada "walk for democracy BERSIH 2.0". Mereka mahu menggambarkan perhimpunan berganda yang bakal dianjurkan oleh tiga pihak iaitu BERSIH 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno ini akan mengundang keganasan akibat pertembungan tiga pihak yang tidak sehaluan.

Maka pihak Polis mempunyai lebih alasan untuk mengharamkan perhimpunan ini selain melakukan tangkapan kepada rakyat yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai itu nanti.

2- Pemuda Umno sememangnya ingin memeriahkan lagi perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini nanti. Seperti yang kita sedia maklum, Khairy Jamaludin yang juga ketua pergerakan pemuda Umno Malaysia sudah menyatakan bahawa beliau mahu bersara daripada politik dan tidak akan bertanding pada PRU 13 nanti [Khairy bersara].

Dengan kata lainnya, ini sahajalah peluang untuknya memberikan satu tamparan terakhir kepada Barisan Nasional dan Najib yang tidak memberikannya sebarang jawatan menteri walaupun beliau seorang Ketua Pemuda.

ReJaM© "Sebelum mati biasanya tikus akan mengeluarkan kentut yang paling busuk kah kah kah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan