Thursday

Serangan terhadap website kerajaan sudah bermula!


NAMPAKNYA serangan terhadap website-website Malaysia seperti amaran yang pernah dikeluarkan oleh kumpulan "hackers" yang menggelarkan diri mereka sebagai anonymous baru-baru ini sudah bermula. Serangan kumpulan "hackers" ini dilakukan sebagai tanda protes terhadap SKMM yang menutup laman-laman download sedangkan banyak website-website lucah termasuk blog-blog yang menyebarkan video lucah terus dibiarkan beroperasi.

Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan yang memulakan serangan ini mempunyai hubungan dengan "anonymous" atau tidak.

[www.tourmalaysia.com.my]


[www.penang.uitm.edu.my]


[jbiotech.gov.my]

Lebih banyak lagi website-website kerajaan akan digodam termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Suruhanjaya Pilihanraya,SPR dan Website 1Malaysia. Malah menurut maklumat yang diterima, fanpage Najib Tun Razak juga akan turut digodam sebagai tanda protes terhadap tindakan SKMM itu.

Satu persatu website kerajaan yang bernilai jutaan ringgit akan dihancurkan dalam masa terdekat. Kita tunggu dan lihat.

ReJaM© "Harap anonymous boleh godam sekali website-website dan blog-blog yang menyebarkan video lucah"


EmoticonEmoticon