Wednesday

BERSIH 2.0 : Tindakan Kerajaan Malaysia dipuji oleh PBB



MUNGKIN kerajaan kita boleh berbangga apabila satu dunia mula memperkatakan tentang tangkapan demi tangkapan yang dibuat terhadap penyokong-penyokong bersih 2.0 yang dilakukan oleh polis pada setiap hari.

Bukti bahawa kerajaan sudah mula mendapat pelbagai pujian boleh didapati di bawah ini ;


Pesuruhjaya tinggi PBB untuk hak asasi manusia iaitu Rupert Colville telah memberikan "nasihat indah" kepada kerajaan malaysia di atas tindakan mereka yang tidak henti-henti menahan individu-individu yang terlibat dalam mempromosikan bersih 2.o yang juga telah di iktirafkan oleh Agong kita Tuanku Mizan sendiri baru-baru ini dengan mengizinkan bersih berhimpun secara aman di dalam stadium.

Hairan juga ReJaM© memikirkan kenapa PDRM dan Kerajaan masih menangkap mereka yang mempromosikan bersih 2.0 sedangkan perhimpunan bersih telah mendapat kelulusan Agong untuk berkumpul di dalam stadium. Takan mereka tak dapat berita yang Agong dah meluluskan perhimpunan bersih kot?

Apa yang jelas semakin kerajaan bertindak kejam terhadap rakyat sendiri, semakin rakyat rasa benci dan jijik kepada mereka. Tak perlu pergi ke mesir untuk merasai kekejaman hosni mubarak kerana di malaysia kita pun ada kerajaan ala-ala hosni mubarak!

ReJaM© " Tak sia-sia najib melantik APCO, memang pandai betul mereka menasihati najib agar bersikap kejam terhadap rakyat sendiri. Lawan tetap lawan"


EmoticonEmoticon