Diplomat Kesatuan Eropah dapati SPR tidak berwibawa

DIPLOMAT Kesatuan Eropah menimbangkan untuk menghantar kumpulan pemerhati pada pilihanraya umum ke 13 nanti memandangkan mereka mendapati bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (sebut Suruhanjaya Penipu Rakyat) itu didapati tidak berwibawa [Msian Insider].

Tak payah tunggu diplomat Kesatuan Eropah, kalau tanya kambing, kambing pun tahu bahawa Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR tidak berwibawa. SPR tak habis-habis menyebelahi kerajaan. Tambah menarik, kerajaan pulak sibuk nak menyebelahi SPR siap boleh sahkan kononnya SPR telus.

Dalam perlawanan bola sepak antara Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat, SPR sepatutnya menjadi pengadil yang berwibawa. Tapi apa yang berlaku di negara kita, SPR boleh pulak menyebelahi team bola sepak Barisan Nasional. Team bola Barisan Nasional pulak menyokong penuh tindakan SPR kerana menyebelahinya.

Pengadil, dan penjaga garisan sibuk nak bela team bola sepak Barisan Nasional. Pengadil apa jadah macam tu? Kerana itulah pelbagai lapisan masyarakat sanggup turun ke jalanraya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 tempoh hari walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh Polis.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 menuntut SPR dibersihkan, mahu SPR menjalankan pilihanraya yang adil dan telus, tapi Barisan Nasional pula yang lebih-lebih menghalang. Jelas sekali, SPR adalah kerajaan, dan kerajaan adalah SPR. Tidak boleh tidak terpaksa gua maki kepala bapak dia!

RentaP© "Lingkup negara kalau SPR terus jadi anjing Barisan Nasional..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan