Marina Mahathir sertai perhimpunan BERSIH 2.0 (photo)

SEHEBAT mana pun ugutan, sekuat mana pun pukulan belantan pihak Polis terhadap rakyat, Suara Rakyat tetap suara Keramat. Meskipun Polis telah memberikan amaran keras kepada rakyat agar jangan menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 semalam, ia tidak mematahkan semangat Datin Marina Mahathir anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 Tun Mahathir untuk menyertai perhimpunan rakyat itu.

Gambar ini menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia tidak gentar dengan ugutan demi menyemarakkan demokrasi di tanah air tercinta.


Kerajaan zalim boleh mengikat, menangkap, memukul dan memenjarakan rakyat, namun mereka tidak akan sekali-kali pernah untuk menakluk hati dan minda rakyat yang cintakan kebebasan, cintakan keadilan dan cintakan demokrasi yang bebas dan adil.

ReJaM© "Penuhi tuntutan rakyat dalam BERSIH 2.0, atau anda berdepan BERSIH 3.0!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan