Friday

Panas! Kerajaan Penang pinggirkan kontraktor cina!


SETIAP hari gua dengar media-media pengampu United Malays No Otak, Umno kata, Kerajaan Pulau Pinang jahat! Kerajaan Pulau Pinang pinggirkan Melayu, halau Melayu, pinggirkan kontraktor Melayu.

Penyokong-penyokong United Malays No Otak, Umno kata kerajaan Penang chauvinis, komunis. Kerajaan Penang hanya mengutamakan orang-orang cina, kontraktor Melayu tak boleh cari makan sebab semua kontrak diberi kepada cina.

Kerajaan Penang hanya membela kontraktor cina, habis lingkup semua kontraktor Melayu. Ada yang terpaksa jadi nelayan, jadi pengawal keselamatan, jual Char Kuew Tiow kerang dan sebagainya. Siap ada kontraktor Melayu yang terpaksa jual mapiaw untuk tanggung keluarga [Utusan].


Itu kata media-media dan penyokong United Malays No Otak, Umno. Tapi bila gua selak website MCA, diorang kata Kerajaan Penang pinggirkan cina, pinggirkan kontraktor cina. Apa yang lebih memeranjatkan, satu pun kontrak saliran dan pembentungan tidak diberi kepada kontraktor cina [MCA].


Inilah akibatnya bila kuat spin, kuat sangat putar belit sorang kata lain, sorang lagi kata lain. United Malays No Otak nak bodohkan orang Melayu, dia kata kerajaan Penang pinggirkan Melayu. MCA nak bodohkan orang-orang cina pulak dia kata Kerajaan Penang pinggirkan orang cina.

Bagus, bagus biar semua penyokong United Malays No Otak dan MCA dibodohkan dan jadi bodoh. Kemudian biar diorang duduk tepi jalan main picit-picit semut. Negara ni bagi je kat Pakatan Rakyat memerintah kah kah kah...


RentaP© "Lady Gajah jugak pandai, orang sibuk gaduh dia belasah duit rakyat buat beli beg tangan mewah..."


EmoticonEmoticon