Tuesday

Polis bertujuan menyebabkan kecederaan kata Majlis Peguam


KEPADA semua rakyat yang turun bersama-sama di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara pada hari sabtu lalu, tentu sudah sedia maklum dengan kehadiran berpuluh-puluh orang peguam yang berpakaian kot hitam. Mereka sanggup berpanas dengan kot hitam tengah-tengah hari buta agar kehadiran mereka disedari oleh orang ramai termasuk Polis.

Tujuan mereka hadir di perhimpunan aman BERSIH 2.0 semalam adalah untuk memantau perjalanan perhimpunan tersebut. Hasil laporan Majlis Peguam, mereka mendapati Polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, kata laporan pemerhatian Majlis Peguam.

Laporan itu mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan mahu menyebabkan kecederaan [Msian Insider]


Pihak Polis bersungguh-sungguh mahu rakyat fikir mereka baik, mereka tak belasah orang, mereka baik, mereka tak lepaskan bom asap di tempat-tempat yang tak sepatutnya. Rakyat jahat, suka bohong, majlis peguam bohong, pembangkang bohong, semua orang bohong dan fitnah. Hanya Polis dan media arus perdana pengampu kerajaan saja yang betul.

Malas nak cerita panjang korang tengok sendiri video di bawah ini, dan nilai sendiri siapa yang bohong? Siapa yang fitnah? Siapa yang jahat? Siapa yang ganas?



ReJaM© "Ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh dan buta ke?"


EmoticonEmoticon