Tujuan beratus baju-baju BERSIH 2.0 dirampas terbongkar?

MAKLUMAT yang baru diterima ini benar-benar memeranjatkan. Diharap pihak penganjur dan mana-mana pihak yang berkenaan memandang berat tentang isu ini. MiLo SuaM telah menerima sebuah email dari "orang dalam" yang membongkarkan bahawa tindakan sabotaj akan dilakukan ke atas Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Difahamkan bahawa beratus-ratus baju BERSIH 2.0 yang dirampas sejak kebelakangan ini akan dipakai oleh puak-puak penentang perhimpunan tersebut dengan niat untuk melakukan sabotaj.

Bagi mengesahkan maklumat ini, kita lihat nanti, apakah berita yang akan dimainkan oleh media-media arus perdana untuk menggambarkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan yang ganas?. Bagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Bik Mama seperti biasa masih membelek-belek katalog beg tangan import, sambil menunggu peruntukan dari isteri tercinta kah kah kah...

ReJaM© "Kita tunggu dan lihat, berita apa akan dikeluarkan oleh media arus perdana pada 9 Julai ini..."

39 Comments

  1. Dari 'sumber dalaman' juga, akan berlaku sabatoj oleh pihak tertentu yg akan berpakaian BERSIH pada hari tersebut. Pihak berkuasa bakal terlibat. Yang pasti, Perhimpunan BERSIH adalah secara aman. Rakyat bukan pengganas, pengganas sebenar adalah polis dan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. kenapa la susah susah tak beli jer kat bersih.org
    nanti takda saiz camana pulak?

    entry post yg lemah dari milosuam. naik rindu pulak entry2 berkualiti dia ditahun 2009.

    ReplyDelete
  3. laaaa, betul ke "pengganas sebenar adalah polis dan kerajaan"? baru dapat tau, tak tau langsung plak.

    kita ni semua rakyat pengganas le kalau macam tu? patutlah kita ni bersifat pemberontak rupanye ...

    ReplyDelete
  4. so bgtaw la kt pihak BERSIH supaya sebarkan supaya jgn pakai baju bersih tine ari tu...
    supaya senang nak detect sape bersih atau bukan...

    ReplyDelete
  5. kene ade alternatif lain supaya dapat bezakan org yang cuba sabotaj ni...

    ReplyDelete
  6. kalau kata nak rampas then bagi orang kerajaan pakai, baik kerajaan beli..suma pon tau perimpunan mcm ni akan jadi ganas...kan?

    ReplyDelete
  7. kerajaan dah tak ada duit sebab dah habis kat kahaktan.

    ReplyDelete
  8. "Tanpa Nama 3 Julai 2011 10:43 PM - kerajaan dah tak ada duit sebab dah habis kat kahaktan."

    Apalah jenis komen yg mcm ni, setakat menulis tanpa berfikir namanya.

    Betul John cakap tu, cuba lihat Bersih 1.0 dulu kat link ni:
    http://www.youtube.com/watch?v=kUPfABAeNjg&feature=player_embedded#at=194

    ReplyDelete
  9. Kalau nak harapkan bangsa2 lain menghormati YDP Agong rasanya memang tak adalah, tapi kalau yang rumpun Melayu pun turut sama tak hormat, bangsa2 lain lagilah naik tocang. Lainlah kalau memang dah ramai orang Melayu nak menjadikan Malaysia ni sebuah republik! Fikir fikirkanlah akibatnya nanti, itu pun kalau ada yang faham ...

    Teks penuh Titah Khas YDP Agong (Sebentar Tadi).

    Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

    Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

    Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

    Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

    Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

    Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

    Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

    Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

    Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

    3/7/2011

    ReplyDelete
  10. bersihsupporter4 July 2011 at 01:39

    apekate tuka kaler baju..jadi pink kaa...kelabu kaa...:)

    ReplyDelete
  11. betol ke ny? jgn fitnah sudaa.... nerake woo... :D

    ReplyDelete
  12. YDPA tak ada menyebut pun perhimpunan Bersih ini haram. tajuk je, tu pun mesti orang Bernama yang tulis tajuk.

    ayat YDPA smpai sini je:
    "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

    ayat sambungan selepas tu ayat wartawan/penerbit/Bernama:
    "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

    Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

    Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara."

    ReplyDelete
  13. pergi la wat gotong royong BERSIH kan rumah org tua2 ke,anak yatim ke,masjid ke,kuil ke..kerja cepat skit,rmai yg tlong tu

    ReplyDelete
  14. melalut pa benda ntah milosuam ni.

    ReplyDelete
  15. ak mmg xtau apa2 pasal politik tapi ak xphm btul knapa org melayu org islam ni sniri nak gadoh..fitnah sana fitnah sini..klo btul yg fitnah tu xpala..tp yg xbtol nie..org2 kt luar pn dah trhasut..ak xbrpihak parti mana2 tp pada pandangan ak tak payah la dok gadoh...umno/bn kata pas kok ni..pas pulak kata umno mcm ni..nampak sgt parti yg mrjuangkan islam sniri..da lari dari konteks islam.yg ak rasa tak kira hampa sokong parti mana2 pn tp pilihla pmmpin /YB yg benar2 ikhlas kepada rakyat..bak kata pnah ak dgar "BN bg sumbangan/buat derma pada rakyat..rakyat yg myokong pmbakang ttp trima sumbgan ini..tp pgkah ttp pas..hmm ni la yg brlaku skrg..tlgla org islam jgnla gadoh..org cina india dok tpuk tgan.nak ka kita dijajah lagi...ini pandangan ak,evryone has it's opinion..jgn cpat melatah.

    ReplyDelete
  16. FITNAH DAN SABOTAJ ADALAH MAKANAN HARIAN UMNO

    perkara seperti ini mesti diingati kerana dalam perhimpunan reformasi awal dulu memang mereka buat kerja2 fitnah sebegini.

    PERINGATAN UTK BERSIH

    1. Ahli perhimpunan mesti kekalkan disiplin dan tidak termakan oleh provokasi pihak musuh yg menyamar. jauhkan diri dari ajakan utk provokasi oleh agen2 mereka.

    2. Jangan sesekali membawa apa2 bentuk yg boleh dikaitkan dgn senjata. Yang penting bawa kamera telepon bimbit. dan kalau ada kamera tersembunyi lebih baik.

    SENTIASA MENGAMBIL FOTO SUASANA PERHIMPUNAN

    sentiasa mengambil gambar atau video sesiapa saja yg mencurigakan yg bertindak utk provokasi. ambil foto mereka dan simpan. biasanya provokator ini akan dalam kumpulan yg kecil, membuat agresif dan seolah2 dibiarkan oleh polis.

    kalau ada org yg tiba2 bakar tong sampah, mcm mengamuk tak tentu hala, baling objek2, memaki hamun polis, mengapi2kan perkauman dan sebagainya....ambik foto mereka. repot pada polis selepas ini.

    CARA MENGENAL AGEN UMNO MENYAMAR DALAM BERSIH

    pastikan ahli BERSIH yang tulin hanyalah mereka yg bersopan dan aman semasa berarak. selain dpd sikpa begitu, percayalah bahawa mereka itulah agen2 jahat umno dan sb.

    KEPADA AHLI BERSIH YANG ISLAM

    bykkan membaca kalimah2 suci. ingat Allah sentiasa. selain beratib dan takbir, boleh juga mulut berterusan mengucapkan Yaa Zaljalaa Liwal Ikram..sebanyak mungkin dlm keadaan tenang dan berserah diri kepada Allah.

    semuga kita semua dilindungi Allah swt.

    amiiin

    ReplyDelete
  17. ak rasa hampa pegi bersihkan hati lg bgus...brdoa kpd Allah.spy hati hampa brsih..lg brseri.buat prhimpunan ni..mstla nanti ada huru hara..kacau bilau..jalan sesak..myusahkan org..tgk la pasti ada yg luka dan trluka..bkn brdoa tp mmpringati.sama2 kita brsih kan hati di jalan Allah.ak ckp pn kt dri ak jgk.Ya Allah brsihkan lah hati kami dan jauhilah daripada fitnah dan kekotoron yg x diingini.

    ReplyDelete
  18. Mereka akan berkumpul di SOGO,
    Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
    Saudara-saudaraku,
    ini tempat lepak orang Melayu.
    Lihat,
    masjid Kampung Baru ada dalam senarai.
    Mengapa mahu berkumpul di masjid,
    tidak di gereja atau tokong?
    Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.
    Mengapa gunakan masjid?
    INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
    Mengapa berkumpul di SOGO,
    bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?
    Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.
    Sekali lagi...
    ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
    Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
    bukan di depan Berjaya Times Square?
    Why?

    ReplyDelete
  19. Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam.
    Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.
    Untuk tidak nampak dipergunakan,
    beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun
    untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.
    Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.
    Provokasi dijalankan,
    hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.
    Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.
    Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.
    Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.
    Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.
    Mereka berselisih pendapat.
    Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,
    musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda.
    Silap haribulan,
    yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.
    Non-Muslim akan bertepuk tangan
    dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

    ReplyDelete
  20. Silap haribulan,
    yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.
    Non-Muslim akan bertepuk tangan
    dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/tujuan-beratus-baju-baju-bersih-20.html#ixzz1R6zZr0mi

    ReplyDelete
  21. Silap haribulan,
    yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.
    Non-Muslim akan bertepuk tangan
    dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

    ReplyDelete
  22. Cinta Keamanan4 July 2011 at 14:53

    Kpg Sdr JAKA, nampaknya sdr terlalu beremosi dan saya katakan sdr yg dulu membuat fitnah disini dgn mengatakan "FITNAH DAN SABOTAJ ADALAH MAKANAN HARIAN UMNO".

    Dlm mana2 demontrasi, provokasi boleh datang dari mana2 pihak; dari dalam dan dari luar atau kedua2nya sekali, bergantung kpd keadaan dan tujuan serta matlamat peribadi dan tersembunyi demo tersebut diadakan.

    Cuba kita lihat siapa2kah yg menganjurkan demo Bersih tersebut? Siapakah dibelakang penganjuran demo ini? Apakan tujuan asalnya? TIDAK ADAKAH AGENDA2 TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA? Adakah semua mereka yg mengambil bahagian yg saya rasakan majoritinya nanti rata2 penyokong PKR dan PAS tau semua ini?

    Ambiga hanya menyebut Perkara 10 Bhg 1 Perlembagaan Persekutuan, - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan; tetapi dia TIDAK PERNAH menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kpd Bhg 2, 3, 4, dlm Perkara 10 tersebut. Mengapa? (Harap adik PUTERI buat rujukan utk pengetahuan peribadi!)

    ADAKAH CINA2 DAP AKAN SAMA2 'TURUN PADANG' MENUNUJUKKAN SOKONGAN TANPA BELAH-BAGI SEBAGAI RAKAN DLM PAKATAN dlm menyuarakan tuntutan dgn membawa jumlah peserta yg sama ramai dgn PKR dan PAS? Kalau tidak, adakah mereka sudah merasakan bahawa perjalanan pilihanraya di Malaysia sudah bersih tidak sptmana yg didakwa oleh PKR dan PAS?

    Kpd sdr JAKA dan lain2 yg sependapat dgnnya, carilah jawapannya sendiri, tanpa membuat andaian membuta-tuli.

    PADA PENDAPAT PERIBADI SAYA, sekiranya demontrasi ini diteruskan, ianya samalah spt "SATU PESTA PERARAKAN MEMBAKAR SATE SAMPAI RENTUNG", sebabnya:

    Sate - penyokong2 PKR dan PAS.
    Tukang Kipas dan Bakar - Ambiga, dan pemimpin2 PKR & PAS (masing2 punya agenda tersembunyi sendiri).
    Tukang Renjis Minyak Sewaktu Membakar - pemimpin2 DAP dan NGO2 yg berkepentingan.

    Yg terbakar sehingga hangus adalah jiwa2 penyokong2 PKR dan PAS yg berdemo (seumpama sate), sehingga akhirnya jiwa mereka akan terus memberontak serta menjadi pendendam tanpa batas dan penghujung. Inilah kesinambungan dari siri2 demo jalanan yg lepas2.

    Fikir fikirkanlah ...

    ReplyDelete
  23. tolonglah umat islam pandang tinggi isu ni, kalau zaman saidina usman dulu. Memang...

    caj enset pakai wap stim aje

    ReplyDelete
  24. DEMO BERSIH SANGAT AMAN KECUALI DIPROVOKASI KUNCU2 UMNO DAN POLIS

    tq cinta keamanan,

    Demo BERSIH sama seperti demo2 yg lain. mengapa demo pro umno tidak berlaku huru hara? kerana mereka tidak diprovokasi oleh PR malah mereka di bela dilindungi oleh polis. itu sebab mereka sungguh berani dan tunjuk sammseng. dibela polis boleh lah lagak samseng.

    PROVOKASI PERKAUMAN DAN AGAMA DARI PUAK PEMERINTAH GAGAL

    cuba anda fikir mengapa tiada tindakan yg berkesan terhadap pencetus isu perkauman membakar gereja, membaling kepala babi, memijak kepala lembu. kalau isu begitu jelas membakar api pergaduhan pun tidak berlaku apa2 yg diharapkan puak pemfitnah, apakah yg hendak ditakuti akan perhimpunan BERSIH?

    ISU 8 USUL BERSIH DITUTUP, FITNAH LAIN DIREKA

    mengapa umno langsung tidak mahu membentang dan berbahas isu 8 usul BERSIH? mengapa ditutup semua itu dgn seribu satu alasan komunis la, diresapi unsur luar lah,agenda tersembunyi lah.

    TAKKAN BERLAKU HURU HARA JIKA TIDAK DI PROVOKASI OLEH UMNO DAN AGEN2 MEREKA.

    demo 1998 jelas menunjukkan perbuatan fitnah provokasi yg dilakukan agen pemerintah sb dan sebagainya.

    DAH TAHU BERSIH RAMAI MELAYU, KENAPA MELAYU UMNO TUNJUK SAMSENG?

    mengapa menuduh hanya org melayu saja yg berdemo itu? kalau sudah tahu hanya melayu berdemo mengapa MELAYU UMNO PERKASA PEKIDA SILAT LINCAH yg sunggu menunjuk samseng kepada pendemo yg melayu dari PR?

    dah tahu demo itu tiada bukan melayu mengapa nk tunjuk samseng kepada sesama bangsa?
    KENAPA BERSIH SAJA DITUDUH ADA AGENDA, UMNO PUN ADA AGENDA JUGA

    mengapa PR pula tidak boleh menuduh penentang demo itu juga ada agenda zionist atau diperkudakan oleh MCA PPP MIC dll yg bukan islam utk menentang org islam melayu PR?

    HANYA MELAYU PR JADI ALAT BUKAN ISLAM, MELAYU UMNO SANGAT BERSIH? piweeettttt !!!

    wahhhh ! hanya melayu PR saja yg menjadi alat org bukan islam ye? melayu umno sangat suci daripada menjadi talibarut tokeh2 judi bukan islam, APCO yg zionist, dan umno saja yg menentang yahudi dan bersih dari zionist semenjak berdagang dgn negara haram israel itu ye?

    pandai sungguh umno menipu! tapi tk cukup pandai utk membuat fitnah , buat jahat sembunyi tangan.

    HAMBA DIKATAKAN EMOSI, EMOSI HAMBA TIDAK MERUGIKAN UMAT

    hihhihhih

    kepada saudara cintakan keamanan,

    emosi hamba tidak sama dgn senyuman manis tidak emosi pemimpin umno yg keluar dikaca tv3 berwajah sangat innocent yang................

    menggelapkan RM52J saham bumiputera
    mengadaikan Singapura, BT Putih, Limbang, Tg Pagar
    menjual aset ATM Kem TUDM Sg Besi kepada swasta
    membunuh orang dgn bom C4 dan soglap komisyen gila babi RM500J
    memfitnah dgn liwat video lucah jam omega dll seorang pemimpin melayu
    menyebabkan rakyat kesempitan dek kerana kenaikan harga barangan tanpa kawalan
    menyebabkan melayu masih terpinggir dan bermentaliti rendah mcm penyokong umno yg suka porno
    sekongkol dgn Satchai&satchai, APCO
    berdagang dgn negara haram Israel

    DISEBALIK MUKA BAIK PEMIMPIN UMNO, MEREKA PENUH AGENDA DI BELAKANG

    Itulah hasilnya agenda tersembunyi umno yg menggunakan alasan CINTAKAN KEAMANAN, DEMO BUKAN BUDAYA KITA, DEMO PENYEBAB KERUGIAN NEGARA(RASUHA TAKPE PULA), DEMO PENCETUS HURU HARA dan seribu satu alasan bodoh lagi.

    Hakikatnya umno umpama perompak yg sangat takut dgn org berunifom. posman lalu depan rumah pun dikatakannya sebagai polis. alam flora berhenti depan rrumah nak ambik sampah pun umno ingat lori fru nak tangkap mereka.

    begitulah takutnya umno kepada demo BERSIH.

    JIKA DEMO BUKAN BUDAYA KITA, HARAMKAN SEMUA PERHIMPUNAN

    jika demo bukan budaya kita, maka mulai hari ini HARAMKAN semua perlawanan bola sepak, perarakan 31 Ogos, perhimpunan malam tahun baru, maulidur rasul(hobi umno ni, ikut sunah Nabi saw tidak mahu pula)..... bukan kah semua ini menyusahkan lalulintas, menganggu peniaga di jalan TAR dan boleh menyebabkan huru hara. yg pasti perhimpunan malam tahun baru telah melahirkan ramai modal insan luar nikah kebanggaan ali rostam.

    ReplyDelete
  25. khabar, cerita, ceriti, dgr org kata, ada kawan ckp tanpa bukti yg SAHIH boleh sebabkan jatuhnya fitnah.. tak kira sebelah mana pun.. benci pada sifat seseorang bukan benci seseorang kerana membenci makhluk Allah sama dengan membenci Yang Mencipta makhluk tersebut..

    ReplyDelete
  26. ironi... tadi dalam berita ada pasal polis rampas baju bersih,molotov, parang... hmmmm

    ReplyDelete
  27. apa bangang la dari dorang rampas baik dorang cetak sendiri nie la jenis mangkuk ayun babi ...

    ReplyDelete
  28. saudara JAKA - cinta keamanan sudah keras hatinya hingga dakyah2 UMNO di TV utama negara dijadikan asas hujahnya. Amatlah memalukan dalam masa yang sama kerajaan UMNO yang diagung2kan beliau menikam bangsa sendiri dari belakang. Mungkin masih ada masa untuk beliau untuk bukan sekadar cinta keamanan malahan cinta kebenaran dan hapuskan kebatilan.

    ReplyDelete
  29. JAKA...........
    amboi bukan main panjang lebar ko cerita..mana ko dpt maklumat pon x tau la..ko sekolah dulu sekolah kerajaan ke swasta?klu kerajaan sedor diri sket okey..x pon ni tali barut bersih yg x brp nk bersih kot!! cit..porraahh!!ckp pandai la..buat tgk!!

    ReplyDelete
  30. Bro MILOSUAM..lama xupdate..rupa2nya dh kena tangkap polis kes bwk baju Bersih..hopefully cepat2 bebas n cepat2 update apa citer masa dlm tahanan tu..selagi UMNGOK berkuasa selagi tu PDRM terus terkongkong di bwh kuasa mereka..PRU13 ni mari kita bebaskan PDRM..semoga mereka dpt berkhidmat utk rakyat tanpa prejudis..tanpa memikirkan kepentingan politik.

    Hidup BERSIH!!!!!!

    ReplyDelete
  31. hmmm...aku pun ada jangka jugak benda nih pasti berlaku...sebab kat negara2 lain..taktik2 macam nih digunakan untuk memburukkan pihak yang benar...

    kita bukan berperang dengan orang bukan Islam atau orang Islam..tapi kita berperang dengan tentera atau hamba2 Dajjal dan Iblis

    ReplyDelete
  32. aku bukan nak cakap apa2 lah..nih dari sumber yang aku percaya...

    tentang polis nih...kepentingan KERJA NO 1...kepentingan AGAMA NO 2

    ReplyDelete
  33. mula2 kata haram pastu dah mengadap Agong cakap boleh bagi stadium pulak.pastu dok nak berebut dengan BERSIH stadium merdeka.ingat bapak korang punya stadium merdeka nih?

    aku nak tanya la pengikut2 PORKRIOT..pertubuhan korang tu dah sah didaftarkan?ke korang nih memang haram jadah punya orang? permit dah dapat ke nak join BERSIH kami ni?

    ReplyDelete
  34. APA KATA MARI RAMAI2 BERDOA DAN SUMPAH LAKNAT KEPA KPN, TKPN DAN BARUA2 ANJING PDRM YG TABGKAP AHLI BERSIH SUMPAH JADI BABI BUTA BRBAU BANGKAI..

    ReplyDelete
  35. Bukan Peludah Warna7 July 2011 at 14:15

    Better setiap team yang join bersih buat satu rekod nama. Untuk menapis penyamar UMNO tu nanti.

    ReplyDelete
  36. KESAHIHAN BERITA BELUM DPT DIPASTIKAN..
    CUMANYA BERINGAT SEBELUM TERKENA..

    YG PASTI CARA SEBEGINI ADALAH PERKARA BIASA YG DIAMALKAN PENGUASA NEGARA, JUGA TERJADI DI MESIR DAN SYRIA,
    DI MESIR PRO HUSNI MUBARAK MENYAMAR DAN MEMBUAT HURU HARA DLM PERHIMPUNAN AMAN DI SANA, DAN SETERUSNYA MENJADI PERGADUHAN BESAR..
    DI SYRIA PIHAK TENTERA MEMBUAT PROVOKASI SUPAYA DAPAT MEMBAKAR KEMARAHAN RAKYAT JELATA, SETERUSNYA MENGGUNA ALASAN MEMBUNUH MEREKA YG KONONNYA MENENTANG TENTERA..

    BNDA CMNI SUDAH LAMA, DI MALAYSIA JGK TIDAK TERLEPAS..
    MOGA RAKYAT JELATA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH..

    TETAPI HARUS DI INGAT!!! MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..TGGU SAHAJALAH RANCANGAN ALLAH YG TERBAIK BUAT HAMBA2NYA YG TIDAK BERSALAH DAN CUBA DIZALIMI OLEH MEREKA2 YG DI AMANAHKAN KUASA DIMUKA BUMI INI DAN MENYALAHGUNAKAN AMANAH KUASA TERSEBUT..INGATLAH!! KELAK ANDA DIPERTANGGJAWABKAN ATAS APA YG DILAKUKAN SEMASA HIDUP DIMUKA BUMI ALLAH INI..

    ReplyDelete
  37. Salam.nk tegelak bsr tgk geng pro KERAjaan bckp.komen org ckp beremo la,ckp org wat fitnah la,inilah itu lah,tp dr sdiri beremo lebey,bile beremo,ckp pakai kepala lutuy,bukan pakai kepala otak, comment yg nmpk highlyeducated btukarjadi mcm budak yg x lps darjah 6.bile org dah patah kan hujah yg konon bijak, terus tunjuk diri yg sebenar-bodoh..dtujukan khas buat tanpa nama

    ReplyDelete
  38. tak baik kita nak mengata bangsa sendiri...bersih ka kotor ka...bangsa melayu gak dalam tu...gaduh ka baik ka...org melayu gak kat situ...rosak ka baik ka org melayu gak situ...umno ka..pas ka... pr ka org melayu gak situ...pi mai pi mai...hujung2 kene kat org melayu...kenapa dgn bangsa melayu skrg???hai melayu2....melayu mudah lupa betui la...

    ReplyDelete
  39. im just sayin'8 July 2011 at 23:55

    sape2 yg kutuk2 bersih tu, nmpk sgt org tu x phm apa itu bersih n tuntutan2nya. klw seseorg tu phm n tau btul2 psl bersih, org tu msti tau bersih lgsg tdk akn menimbulkan kcw bilau n bersih sgt aman. ada garis panduannya tersendiri. n bersih lgsg xda kna mengena dgn perkauman.

    sape2 yg nk provoke2 dgn masukkn isu perkauman, gaduh sesama melayu, bersih timbulkan huru hara, bersih pengganas, berhenti je lah, tu sume xda kna mengena pn ngn tuntutan bersih. mksdnya korg mmg btul2 xphm psl bersih. klw x phm, jgn la nk bising lebey2. itu hanya menunjukkn kecetekan ilmu pengetahuan korg psl apa sebenarnya perhimpunan bersih 2.0 ni. tnye la balik dri sendiri, apa itu bersih 2.0, apa yg bersih nk, apa tuntutannya. klw stil xdpt jwb, mksdnya korg xhadam lg psl bersih, jgn kutuk or fitnah sesuka hati.

    klw korg btul2 phm tujuan bersih diadakan, msti korg akn sokong. siapa yg xnk pilihanraya negara bersih, adil n tiada unsur korupsi? org yg bersih itu tidak kotor, dan org yang kotor itu tidak bersih, maka org yg menolak bersih maka dia adalah org yg kotor. simple deduction.

    aku MEMANG nak pilihanraya kt malaysia ni bersih, adil n tiada unsur korupsi. aku xtau la klw org2 umno ni xnk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan