UiTM tawar anugerah Bapak Katak kepada pelajar

BERITA ini, jika Mak Limah baca nescaya Mak Limah akan ketawa berdekah-dekah. Sehinggakan kalau kambing dan lipan yang membacanya pun, nescaya kambing dan lipan akan terbahak-bahak. Berita apa?

Ini kisah Bapak Katak yang sanggup keluar duit RM 5,000 untuk menaja hadiah kepada sesiapa sahaja pelajar UiTM yang boleh melompat sama tinggi dengan dirinya. Ini kisah Bapak Katak yang nak mempopularkan dirinya untuk menang pilihanraya. Ini kisah otak tak mancung, perut tersorong-sorong hohoho... [Malaysiakini]


Zaman sudah berubah, universiti pun turut berubah. Zaman dulu universiti tempat orang-orang pandai menjadi lebih pandai dan boleh memandaikan orang lain. Hari ini universiti sudah jadi tempat orang pandai menjadi bodoh, agar boleh memperbodohkan orang lain.

ReJaM© "Tak lama lagi keluar pulak anugerah Lady Gajah untuk pelajar UiTM yang paling boros..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan