Bacaan Al-Quran guna pembesar suara dilarang di Penang


PEKELILING dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid [BH].



ReJaM© "Kita tunggu dan lihat bagaimana United Malays No Otak akan politikkan isu ini..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan