Bernama lapor Kerajaan Penang larang bacaan Quran guna pembesar suara

MEDIA pengampu gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak), Bernama nampaknya memainkan peranan lebih kurang sama dengan blogger-blogger United Malays No Otak, Umno.

Media-media yang menjadi lidah propaganda kerajaan Rosmah ini sengaja mencipta putar belit untuk mengaitkan kerajaan Penang dengan isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara waktu subuh di negeri tersebut.

Perkara ini sangat jelas dan terang, bahawa larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, tiada kena mengena dengan kerajaan Penang rujuk sini [Salinan Pekeliling].

Tapi lihat petikan berita di bawah, lihat sendiri bagaimana putar belit dicipta untuk mengaitkan kerajaan negeri, sekaligus memperbodohkan rakyat dengan serangan propaganda separa sedar oleh media gerombolan songkok tinggi.

Apa yang menghairankan, Negeri Perlis sudah lama melarang bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu subuh, larangan itu sudah diluluskan sejak 2007 lagi, mengapa waktu itu United Malays No Otak tak ambil peduli?



ReJaM© "Makcik Felda dan penghuni kampung terus percaya DAP anti Islam..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan