Cincin RM72 Juta tidak dicukai kerana bakal besan Rosmah yang punya?

PADA awal pendedahan isu cincin Lady Gaga Malaysia (Lady Gajah), semua penyokong dan blogger United Malays No Otak menafikan sebarang kaitan Lady Gajah dan cincin bernilai RM72 juta.

Seolah-olah isu cincin ini hanyalah fitnah pembangkang untuk memburukkan Lady Gajah. Lady Gajah menafikan berita ini dengan sebaris ayat "ini adalah fitnah!" [Mynewshub].

Namun laporan portal rasmi milik United Malays No Otak, Utusan melaporkan bahawa cincin RM72 juta yang menjadi kontroversi ini sebenarnya dipesan oleh bakal besan perdana menteri, Maria Nazabayev [Utusan].


Benarkah Rosmah Mansor tiada kaitan langsung dengan cincin mewah bernilai RM72 juta ini? Pendedahan dalaman sistem kastam sebaliknya memaparkan nama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Cincin ini dibawa masuk tanpa dikenakan sebarang cukai.


Apa kejadahnya bakal besan perdana menteri yang tinggal di Kazakhstan memesan cincin masuk melalui Malaysia? Adakah kerana Maria Nazabayev adalah bakal besan perdana menteri, maka tiada cukai yang boleh dikenakan? Ada undang-undang baru ke?

ReJaM© "Kejap kata fitnah, kejap untuk pameran, sekarang kata besan punya pulak, mana yang betul?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan