Hishammuddin bangga terima ugutan dua butir peluru

MENTERI Dalam Negeri, yang juga boss besar Polis Diraja Malaysia, merangkap peminat nombor satu penyanyi jambu Anuar Zain adik kepada artis wanita pujaan Najib Razak, Ziana Zain ialah Hishamuddin Tun Hussin sepupu kepada isteri Rosmah Mansor.

Gua bukan nak cerita pasal pertalian saudara antara diorang nih. Gua cuma pelik dengan kenyataan mamat peminat nombor satu Anuar Zain ni.

Sebelum ni dia terima dua butir peluru sebagai ugutan dari pihak yang tidak dikenali. Gua pun tak tahulah dia cakap betul atau bohong. Tapi ada keluar dalam surat khabar.

Hari ni dia gambarkan dalam akhbar, bahawa dia bangga pulak sebab dapat ugutan berupa peluru tu. Kononnya kalau dapat ugutan peluru, itu tandanya usaha dia (dia kata kerajaan) membanteras jenayah berada pada landasan yang betul [Utusan].


Sekarang gua nak tanya lu orang, kalau perompak, pembunuh, penjahat dan semua-semualah dah berani hantar peluru pada big boss Polis Diraja Malaysia sebagai ugutan, apa maknanya?

Orang berani ugut dia, dia kata dia berjaya, kepala bana lu! Itu tandanya penjenayah tak takut dengan Polis. Apahal lu berjaya pulak? Lu berjaya apa? Sebab apa Polis tak ditakuti? Gua pun tak tahu, mungkin sebab lu minat Anuar Zain, jambu kot kah kah kah....


RentaP© "Kalau dapat peluru maknanya lu berjaya, lu belilah peluru banyak-banyak kirim ke alamat rumah lu sendiri kah kah kah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan