Wednesday

Lawak! Blogger Umno kata MiLo SuaM kantoi fitnah!


SEJAK MiLo SuaM menyiarkan sebuah dokumen skrip sumpah warga asing (PATI) yang diambil oleh wanita KEADILAN semalam, heboh blogger United Malays No Otak menghentam MiLo SuaM di blog-blog mereka [Skrip Sumpah].

Dengan bangganya mereka mengistiharkan MiLo SuaM kantoi buat fitnah yang maha besar di bulan ramadhan. Mereka kata MiLo SuaM mencipta salinan sumpah yang tak wujud, sebaliknya salinan skrip sumpah mereka pulak adalah yang sahih lagi betul.


ReJaM© sebenarnya malas nak layan blogger United Malays No Otak punya propaganda murahan, tapi memandangkan ramai rakan-rakan blogger dan pembaca yang suruh jawab maka ReJaM© jawab jugalah.

Sifirnya mudah, dia nak buat cerita kononnya MiLo SuaM tipu, untuk tunjukkan kepada pembaca dia pulak jujur hohoho. Pembaca boleh nilai sendiri, sama ada dokumen skrip sumpah tersebut direka oleh MiLo SuaM atau tidak?

ReJaM© dah tulis terang-terang bahawa dokumen atau salinan skrip sumpah itu diambil di portal Keadilan Daily, malah ReJaM© letakkan link sumber dari mana gambar itu diambil. Maka tidak timbul isu ReJaM© reka atau tidak, sangat jelas hal itu.

Tidak timbul juga isu pendedahan MiLo SuaM satu pembohongan kerana ia adalah laporan dari pendedahan wanita PKR, YB Zuraida. Malah dokumen yang sama juga didedahkan di portal Malaysiakini rujuk sini [MK]

Jadi di manakah rasionalnya blogger United Malays No Otak ini mendakwa kononnya MiLo SuaM kantoi buat fitnah di bulan Ramadhan? Ops lupa mereka "No Otak" kah kah kah.

Apa yang lebih melucukan, blogger United Malays No Otak ini pula tampil dengan bukti sendiri yang dikatakan sahih. Dokumen sumpah ini dikatakan dari maklumat sahih (Tiada link sumber? Sumber tidak didedahkan?) kononnya inilah dokumen sebenar, MiLo SuaM tipu, dia je betul kah kah kah.

Makcik Zuraidah pergi ke sebuah pasar di Ampang dan terbeli seekor ikan busuk, seorang blogger United Malays No Otak tampil menuduh Makcik Zuraidah pembohong!

Kata blogger tersebut "Bohong Makcik Zuraidah bohong! Ikan di pasar adalah ikan yang segar bugar!" sambil menunjukkan bukti ikan yang segar bugar di tangannya, dibeli dari salah sebuah pasar yang tidak diketahui.

Makcik Zuraidah beli ikan di pasar Ampang, ko pulak beli ikan di pasar yang tak diketahui, mana sama dol kah kah kah! Kalau nak beli ikan busuk kena pergi pasar Ampang juga kah kah kah! Ops lupa blogger ini dari Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak).



ReJaM© "Blogger ini juga kata nak dedah identiti MiLo SuaM. Apa yang peliknya selama ni mereka kata dah berjaya dedah identiti MiLo SuaM, jadi ni nak dedah identiti MiLo SuaM yang mana pulak? Kah kah kah..."


EmoticonEmoticon