Thursday

Malaysia bayar jutaan Pound siaran propaganda di BBC!


JIKA sebelum ini kerajaan Rosmah Mansor boleh menafikan mereka menghabiskan jutaan ringgit wang rakyat untuk siaran propaganda di BBC, kali ini mereka sudah terkantoi di situ.

Siaran berita berpengaruh dunia, British Broadcasting Corporation, BBC hari ini mengakui telah menyiarkan siaran propaganda kerajaan Malaysia.

Syarikat FBC yang terlibat di dalam pembikinan filem dokumentari propaganda tersebut dikatakan telah dibayar jutaan pound sterling oleh kerajaan Rosmah Mansor sejak 2009 [BBC].


Apa agaknya penafian yang akan dikeluarkan oleh Nazri Aziz? Adakah Nazri Aziz akan kata bahawa portal berita berpengaruh dunia ini sudah digodam oleh Anwar Ibrahim?

Kepada rakyat Malaysia, lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana jutaan ringgit wang yang anda bayar sebagai cukai kepada kerajaan dibelanjakan untuk propaganda Kerajaan Rosmah Mansor.

ReJaM© "Tak sabar nak tunggu penafian Nazri Aziz..."


EmoticonEmoticon