Wednesday

Mat Indera, pejuang atau pengkhianat?



MAT INDRA Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mmohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera seorang pengkhianat Negara?

Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dengan PKM, tapi yg jelas, beliau bekerjasama dengan PKM bukan kerana hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.

Apa yang jelasnya, beliau bekerjasama dengan PKM untuk menghalau British daripada negara ini. Beliau berjuang untuk memerdekakan negara ini.

Apakah cara beliau itu salah?

Satu kajian oleh pakar-pakar sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya. Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno sahaja.

Mat Indera menyerang balai polis Bukit kepong sekitar tahun 1950,harus difahami,bahawa POLIS ketika itu berkhidmat untuk kerajaan British, kesetiaan mereka adalah kepada Queen British dan Kerajaan British. Mereka taat dan patuh apa saja perintah kerajaan British.

Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini. Oleh itu, sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbol kekuasaan British". Jangan sesekali kita terkeliru dengan POLIS zaman pasca Merdeka. Kini Polis adalah simbol kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia, mereka berkhidmat dan setia kepada Kerajaan Malaysia.

Jangan sesekali kita samakan status Polis kini dengan status Polis zaman British dulu.

Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh. Kita hanya boleh menghakimi, sebab musabab peperangan itu. Mat Indera ada sebab yang kuat kenapa dia menyerang balai polis Bukit Kepong itu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu itu dengan menyerang mana-mana Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.

Balai Polis kini adalah simbol kekuasaan Malaysia, sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British. Ada perbezaan Besar di situ.

Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang Mekah dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah. Bolehkah kita kata Rasulullah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan Mekah?

Tetapi situasi nya kini tentu berbeza. Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.

Kenapa? Kenapa dalam dua perkara yg sama, tapi berbeza hukumnya? Renungkanlah...




ReJaM© "Wajib kita meletakkan sesuatu yang haq itu pada tempatnya..."


Sumber: Detikdaily


EmoticonEmoticon