Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang

ISU larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara waktu subuh, terus menjadi bahan politik United Malays No Otak bagi mendapatkan sokongan Melayu. Malah ada blogger yang tergamak memutar belitkannya sampai ke tahap fitnah [Larangan Azan]

Cybertroopers gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) terus menyebarkan dakyah, kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang ditadbir oleh DAP yang mengarahkan larangan ini.

Namun perkara sebenarnya, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang sebulat suara mengeluarkan fatwa larangan ini dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalil larangan tersebut berdasarkan hadis sahih:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Salinan minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang di bawah ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tiada kaitan dengan larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu Subuh.









Sumber: [edyesdotcom]

ReJaM© "Ibu kurangkan duit kocek, tapi anak salahkan penyeluk saku..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan