Panas! Askar diarah pangkah undi orang lain

UNDI pos sememangnya senjata paling ampuh bagi calon-calon Barisan Nasional setiap kali pilihanraya. Lihat sajalah, setiap kali keputusan undi pos dikeluarkan, biasanya calon Barisan Nasional akan menang hampir 100% jumlah keseluruhan undi pos.

Kalau dilihat secara kasar, seolah-olah semua pengundi-pengundi yang mengundi secara pos, telah ditakdirkan untuk menyokong calon-calon Barisan Nasional. Namun sebenarnya ada taktik kotor yang digunakan.

Lihat sahaja bagaimana pada persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan tempat Najib bertanding. Dengan ini Najib akan diselamatkan oleh undi pos.

Sebelum ini seorang bekas komando TUDM mendedahkan bagaimana penyelewengan undi pos dilakukan, rujuk sini [Bekas komando]. Kali ini bekas tentera darat pula mendedahkan bagaimana mereka diarahkan oleh pegawai atasan untuk mengundi bagi pihak lain [TMI].


Demokrasi negara kita dicabul di depan mata, rakyat ditipu hidup-hidup di depan batang hidung. Kerana itulah BERSIH 2.0 menuntut pemansuhan undi pos sebagai satu daripada 8 tuntutan. Rakyat mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

ReJaM© "Mengekalkan kuasa dengan cara menipu, macam haram!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan