Perlis dah lama larang baca Al-Quran waktu subuh guna pembesar suara

BLOGGER dan cybertrooper gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) sibuk menyebarkan dakyah, kononnya DAP berjaya mengharamkan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di Pulau Pinang.

Sifirnya mudah, isu agama seperti ini mudah dimanipulasikan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu Islam yang kurang faham Islam. United Malays No Otak menggunakan isu ini untuk meraih sokongan Melayu.

Malangnya kini mereka terpaksa membuktikan bahawa Negeri Perlis yang diperintah oleh Umno juga telah digodam oleh DAP. Ini berikutan sokongan Mufti Perlis terhadap Pulau Pinang di dalam isu ini.

Apa yang lebih menarik, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata larangan seperti itu sudah lama dikuatkuasakan di Negeri Perlis [MK].


Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas'.

Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.

“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.

Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.

ReJaM© "Pemuda Umno dipersilakan buat tunjuk perasaan di Perlis kerana DAP sudah rosakkan Islam di Perlis kah kah kah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan