Tuesday

Projek menara membazir 100 tingkat berjalan lancar!


WALAUPUN telah menerima kritikan besar-besaran oleh rakyat sewaktu pengumumannya pada pembentangan budget 2011 yang lalu, projek Menara membazir 100 tingkat Warisan Merdeka terus berjalan lancar.

Suara seluruh lapisan rakyat yang menentang pembinaan menara Warisan Merdeka bernilai RM 6 Billion ini dianggap sekadar nyamuk kerdil yang memekak di telinga Najib. Apa rakyat nak kritik, apa rakyat nak bising boleh pergi mampos!

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga mengutuk keras pembinaan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini. Itu pun tidak dipedulikan, kerajaan sekarang sudah dikuasai oleh Rosmah, Mahathir sila tutup mulut!



Kerja-kerja mereka bentuk Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat dijangka siap akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perbincangan dan kerja-kerja di peringkat perancangan sedang berjalan lancar.

TAN SRI HAMAD KAMA PIAH CHE OTHMAN/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN, PNB

"Kita kena lihat bukan setakat bangunan yang 100 tingkat itu sahaja yang kita ingin tekankan di sini tetapi melihat keseluruhan infrastruktur itu juga. Kita ambil masa dalam konteks road infrastruktur, iaitu infrastruktur road dan dari segi utilities dan keperluan dan sebagainya."

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Wawasan 2020, semalam.

Projek Menara Warisan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 [TV3]


ReJaM© "Pergi mampos rakyat nak bising! Negara ini Lady Gajah yang punya!"


EmoticonEmoticon