Sunday

Salinan pekeliling Jabatan Hal Ehwal Islam Penang


BLOGGER dan cybertrooper gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) masih tetap meneruskan dakyah mereka berkenaan isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran pada waktu subuh di Pulau Pinang.

Sifirnya mudah, mereka mahu rakyat percaya bahawa DAP sudah berjaya merosakkan Islam di Pulau Pinang, dan DAP anti Islam. Isu agama seperti ini mudah menaikkan darah orang Melayu yang kurang faham Islam.

Berbagai kaedah putar belit digunakan, ada yang kata DAP hapuskan azan, DAP hakis Islam, malah ada blogger yang sanggup memutar belitkan cerita jadi Jabatan Agama Islam Penang larang baca Al-Quran.

Di bawah ini salinan pekeliling yang menunjukkan isu ini tiada kena mengena langsung dengan kerajaan Penang. Pekeliling ini dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, yang hang sibuk nak salahkan DAP apa hal?


Jangan lupa, larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara waktu subuh sudah lama dikuatkuasakan di Negeri Perlis, rujuk sini [Perlis]. Blogger Umno patut serang Perlis sebab DAP dah rosakkan Islam di Perlis kah kah kah...

Ini lagi satu blogger lucu gerombolan songkok tinggi, dia perasan dia lagi bijak dari Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, jadi rakyat semua kena dengar fatwa dia pulak kah kah kah...



Baru terjumpa sepotong dua hadis, dia dah perasan dia lagi pandai dari Jawatan kuasa Fatwa Pulau Pinang, majlis fatwa pulak dia nak bidas, nak bangkang! Alim ulama dia letak bawah kelengkang kah kah kah...

ReJaM© "Macam beruk dapat cincin, dia ingat dia dah bertukar jadi cantik haiwan lain semua hodoh dan bodoh kah kah kah..."


EmoticonEmoticon