YB Tian Chua turut berpuasa di bulan Ramadhan

BARANGKALI bukanlah menjadi suatu perkara yang asing dan pelik di negara ini apabila orang bukan Islam turut sama berpuasa di bulan Ramadhan.

Ahli Parlimen KEADILAN, YB Tian Chua tidak ketinggalan untuk sama-sama merasai suasana berpuasa bersama rakan-rakan Muslim yang lain. Difahamkan beliau berjaya menghabiskan puasa di hari pertama bulan Ramadhan tahun ini.

Maklumat yang diperolehi dari akaun Twitter Ahli Parlimen Batu itu, beliau baru sahaja selesai bersahur untuk meneruskan sehari lagi berpuasa di bulan Ramadhan [Twitter].


Selamat berpuasa diucapkan kepada YB Tian Chua. Semoga beliau dapat menikmati kemanisan waktu berbuka petang nanti sekaligus diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Agama Islam.

ReJaM© "Kepada yang curi makan tu, malulah beb..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan