Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh, rakyat menang!

AKHIRNYA suara rakyat terbukti sebagai suara keramat. Sebentar tadi sempena Hari Malaysia, 16 September 2011 Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta zalim ISA.

MiLo SuaM mengucapkan syabas kepada pentadbiran Najib, kerana memansuhkan akta yang menjadi alat pemerintah zalim ini [Msiakini].


Apa yang jelas, salah satu janji 100 hari Pakatan Rakyat, jika berjaya mentadbir Malaysia untuk memansuhkan akta zalim ini bukan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan. Malah ia sudah dilaksanakan oleh Najib. Sembilan lagi yang tinggal.

Rakyat akan terus bersuara, akan terus mendesak perubahan demi perubahan di dalam menyuburkan demokrasi di negara ini. Suara rakyat suara keramat!

ReJaM© "Apa kata gerombolan gila kat bawah ni? Kah kah kah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan