Bakal besan Rosmah terlibat kes kehilangan usahawan terkenal Kazakhstan?

UMUM mengetahui bahawa anak perempuan Rosmah Mansor, Nooryana Najwa telah bertunang dengan anak saudara Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan.

Tunang Nooryana Najwa adalah anak lelaki Maira Nazarbayev yang juga merupakan bakal besan Rosmah dan Najib [TMI].


Seorang individu yang mendakwa berasal dari Kazakhstan telah memberikan satu link berita yang pernah disiarkan di portal berita terkenal negara itu pada 19 Ogos 2010, Kazakhstan Newsline.

Berita tersebut melaporkan kehilangan seorang ahli perniagaan terkenal Kazakhstan selepas bertengkar dengan Maira Nazarbayev [Newsline].


Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal Kazakhstan dilaporkan hilang sejak meninggalkan rumahnya pada 14 Ogos 2010 lapor Kazakhstan Newsline.

Pertengkaran antara Edgar Salduzi dan ipar Presiden Kazakhstan, Maira Nazarbayev telah dilaporkan secara meluas dalam beberapa akhbar terkenal negara Kazakhstan sebelum itu.

Sebelum ini heboh di internet dakwaan bahawa bakal besan Rosmah ini ada kaitan dengan mafia Russia, rujuk sini [Mafia Russia]

ReJaM© "Satu persatu serpihan puzzles akan dicantumkan..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan