Para pegawai kemas fail, Najib letak jawatan esok?



KHABAR angin ni tersebar sejak siang tadi. Gua pun tak tahu sama ada berita ni betul atau tidak. Tapi kalau betul pun gua rasa tak mustahil jugak sebab sebelum ni PENAWAR memang dah desak Najib supaya letak jawatan kerana dilihat sebagai pemimpin lemah.

Gua dapat email bertalu-talu tentang hal ni, rakan blogger Tukang Lawan pulak kata dapat mesej dari kawan dia. Gambar kat atas ni gua cilok dari blog [Tukang Lawan]

Kalau difikirkan dari sudut gua yang tak suka dengan Najib dan Rosmah, memang baguslah dia letak jawatan sebab dia memang lemah mentadbir negara pada pandangan gua.

Tapi perkara yang lebih penting bagi gua, bukanlah Najib letak jawatan. Tapi gua nak United Malays No Otak, UMNO berkubur! Apa maksud berkubur? Ya! Gua mahu Umno BN kalah dalam pilihanraya.

Najib dan Rosmah selama ni memang jelas jadi liabiliti atau beban kepada United Malays No Otak. Jadi tak mustahil dia akan letak jawatan untuk memenangkan Umno dalam pilihanraya yang dah tak lama lagi ni.


RentaP© "Pada gua kalau Najib letak jawatan, Pakatan Rakyat dalam bahaya..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan