Salinan Laporan SPRM terhadap cincin Rosmah

SEBELUM ni, ReJaM© dah bongkarkan penipuan Utusan Malaysia berhubung isu cincin mewah yang didakwa ada kaitan dengan Rosmah Mansor, [Utusan Kantoi].

Utusan menyiarkan berita seolah-olah Chegubard takut untuk melaporkan kes cincin mewah itu kepada SPRM untuk menaikkan imej Lady Gajah. Fakta yang sebenarnya, Chegubard sudah lama membuat laporan berkenaan kes cincin ini.


Akhirnya, seperti yang dijanjikan, ReJaM© berjaya mendapatkan salinan laporan kepada SPRM oleh Chegubard bersama Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM pada 13 Julai 2011 sebulan sebelum Utusan mengeluarkan berita tipu ini.


Paparan pada cop SPRM ini menunjukkan bahawa tarikh laporan ini diterima adalah pada 13 Julai 2011. Jelas sekali Utusan berbohong kononnya Chegubard tidak berani membuat laporan kepada SPRM.



Kalau masih tak yakin, sila tonton pula video di bawah ini. Lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Utusan menjadi alat propaganda menipu orang-orang kampung.


ReJaM© "United Malays No Otak akan terus rela malah bangga ditipu Utusan Merapu"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan