Semua tahanan ISA wajib dibebaskan segera tanpa syarat!


JINGGA 13 mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri yang telah memansuhkan undang-undang drokanian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.

ISA merupakan undang-undang peninggalan penjajah Brotish sejak 1948, dengan nama Emergency Regulations Ordinance dan diwartakan pada tahun 1957 dengan nama Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.

Jingga 13 berpendapat bahawa undang-undang zalim ini sepatutnya sudah lama dihapuskan oleh kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi ia telah disalahgunakan untuk kepentingan pemerintah. Walaupun pemansuhan ini dilihat "menciplak" salah satu daripada 10 janji program 100 hari Pakatan Rakyat, namun usaha ini adalah wajar disokong.

Jingga 13 mengharapkan agar undang-undang baru yang bakal dilaksanakan adalah lebih adil dan saksama di dalam membendung aktiviti pengganas dan subversif yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat Malaysia serta bukan diwujudkan bagi kepentingan pemimpin dan politik semata-mata.

Justeru bagi merealisasikan pemansuhan akta zalim ini, Jingga 13 mendesak agar kem tahanan ISA Kamunting ditutup dengan segera dan kesemua tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan keluarga.

Jingga 13 juga mengucapkan Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13


ReJaM© "Satu kemenangan kepada rakyat..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan