Setiausaha Bahagian Umno dedah gerakan jatuhkan Najib

SETIAUSAHA Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin mendedahkan di laman facebook apa yang didakwanya sebagai konspirasi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa Muhyiddin Yassin sengaja melantik bekas banduan politik wang sebagai bendahari dan setiausaha Umno Bandar Tun Razak untuk memberikan kemenangan mudah kepada pembangkang.

Beliau menyatakan bahawa konspirasi menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin sebagai bermula pada 16 September 2011.

Tindakan Muhyiddin ini didakwa bertujuan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan seperti yang pernah dilakukannya pada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi [Facebook].


Sebelum ini FMT telah mendedahkan bahawa terdapat gerakan oleh Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Najib dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir rujuk sini [Gerakan jatuhkan Najib]

ReJaM© "Nampaknya orang Najib sudah mula bertindak balas ke atas Muhyiddin..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan