Friday

Tak perlu ubah perlembagaan untuk laksana Hudud kata pakar


ALASAN bahawa hudud tidak boleh dijalankan di Malaysia kerana bertentangan dengan perlembagaan, nampaknya sudah tidak boleh dipakai.

Ini kerana pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyatakan sebaliknya[TMI]. Ini berita baik kepada umat Islam seluruh Malaysia, proses perlaksaan Hudud semakin mudah.

Kekangan yang ada sekarang hanyalah tentangan dari orang bukan Islam, dari DAP, MCA dan Gerakan yang menunjukkan bantahan secara jelas. Namun DAP telah menyatakan pendirian jelas menghormati permintaan PAS.

Almaklumlah, nama pun orang bukan Islam, kena bagi faham baru mereka boleh terima. Perlu diketahui, rakyat Negeri Kelantan yang menginginkan Hudud. Tambahan Enakmen Undang-undang Hudud Kelantan telah dipersetujui oleh semua 100% ADUN termasuk dari Umno.

Menentang kehendak rakyat Kelantan terhadap Hukum Hudud berarti menafikan hak asasi rakyat Kelantan. Hukum syariah sedia ada pun tak pernah babitkan orang bukan Islam, apa masaalah kalau Hudud dilaksanakan?

Satu lagi halangan ialah, dari Orang Islam yang bernama Najib. Dia hanya terima Hudud itu hukum tuhan, tapi jamin tidak akan laksanakan. Saksikan sendiri kenyataannya yang disiarkan di TV3 Al-Musyrikin.



Cara paling mudah untuk membenarkan Hukum Allah (Hudud) memulakan tapaknya di Malaysia ialah dengan menumbangkan kerajaan yang memberi jaminan tidak akan melaksanakannya.

ReJaM© "Najib tahu bahawa memastikan isteri menutup aurat adalah perintah Allah. Apakan daya, dia tak mampu..."


EmoticonEmoticon