Friday

TV3, Utusan cuba lagakan Sultan Johor dan Guan Eng


MINGGU ini media propaganda United Malays No Otak, Utusan dan TV3 Al-Musyrikin, sedang sibuk menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isu hina Johor.

Wartawan TV3 Al-Musyrikin sibuk merayau ke hulu ke hilir mencari siapa yang boleh bagi ulasan berhubung isu ini. Kalau kambeng boleh bercakap, kambeng pun akan masuk TV3 Al-Musyrikin untuk menyerang Guan Eng.

Utusan pula cuba melagakan Sultan Johor dengan Guan Eng, kerana orang Melayu cukup sensitif dengan isu sultan. Ini demi menimbulkan semangat bangsa yang membuak-buak di dalam jiwa makcik felda dan orang kampung [Bernama].


TV3 Al-Musyrikin seperti biasa akan bergerak seiring dengan propaganda Utusan supaya Sultan Johor dapat diheret sama untuk menghentam Guan Eng.

Video di bawah ini menunjukkan bagaimana Sultan cuba dilagakan dengan Guan Eng oleh TV3 Al-Musyrikin. Tak cukup ayam itik lembu kambeng, Sultan pun nak diheret sama.



Mujur Sultan Johor bijak menangani propaganda media batu api dan tak mudah terpedaya dengan penipuan United Malays No Otak.

Dalam satu temuramah dengan NST, baginda bertitah bahawa "isu politik biarlah diserahkan kepada ahli politik dan sultan tidak patut diheret sama". Tambahnya, baginda enggan bertindak, sebagai sultan baginda tidak patut terheret ke kancah politik [NST].


Dalam media propaganda United Malays No Otak sibuk ke hulu ke hilir mencari ayam itik, lembu dan kambeng supaya boleh ditemuramah sebagai bahan untuk menyerang Guan Eng, Warga Israel telah terlepas masuk UPM rujuk sini [Anak Sungai]

Jangan lupa dengan Negeri Kelantan yang diburukkan berpuluh tahun rujuk sini [wfauzdin]

ReJaM© "Kalau boleh Sultan Monggolia dia nak hasut serang Guan Eng..."


EmoticonEmoticon