Umno bangga parti itu dipuji Parti Komunis Cina

INILAH yang dikatakan muncung berkokok ekor bergelumang tahi. Di dalam kelantangan media-media propaganda United Malays No Otak menghentam Mat Sabu yang didakwa menyokong komunis, dalam diam-diam mereka bangga mendapat pujian dari pemimpin Parti Komunis Cina.

Tinjauan ReJaM© di portal rasmi parti itu, Umno Online memaparkan tajuk besar "Umno dikagumi Parti Komunis Cina" [Umno Online].

Portal rasmi Umno itu melaporkan dengan bangganya bahawa sewaktu kunjungan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ke China, beliau mendapat pujian dari para pemimpin Parti Komunis Cina.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing menurut portal rasmi Umno itu lagi.


Rupanya dalam diam-diam, pujian dari pemimpin Parti Komunis China menjadi satu kebanggaan kepada Umno, walaupun mulutnya lantang menentang tapi di hati berbunga-bunga dengan pujian Komunis.

Bak kata orang "Lain di mulut lain di hati". Sebelum ini Umno pernah melahirkan rasa bangga melalui timbalan presidennya yang mengatakan "Amerika mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh" rujuk sini [TPM]. Di mulut bantai Amerika, di hati bangga dapat pujian.

ReJaM© "Kata benci, tapi siap buat kerjasama dengan komunis apa cerita?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan