Duit Judi Penang, Utusan bakal kalah lagi di mahkamah!

HEBOH seluruh negara apabila media propaganda United Malays No Otak, Utusan menyebarkan berita kononnya Kerajaan Pulau Pinang memberi duit judi kepada warga emas.

Lantaran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memfailkan saman kepada Utusan Melayu (M) Bhd kerana memfitnahnya melalui sebuah artikel bertajuk "kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan di akhbar tersebut pada 20 Disember tahun lalu.

Perkembangan perbicaraan kes tersebut, Timbalan Pegawai Pengurus Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Jamiliah Haron mengesahkan bahawa, sehingga 30 September tahun ini, wang RM2 Juta yang diterima daripada Turf Club langsung tidak pernah disentuh lagi oleh kerajaan negeri [The Sun Daily].

Ini bermakna duit judi yang digembar gemburkan oleh Utusan Malaysia, belum lagi digunapakai sekaligus isu pemberian wang judi kepada warga emas adalah fitnah.


Ini bermakna, Utusan terpaksa sekali lagi bergolok bergadai untuk membayar saman yang dikenakan ke atasnya akibat artikel sampahnya yang dijadikan propaganda untuk memperbodohkan orang ramai.

Sudahlah jumlah pembaca Utusan merudum teruk, ditambah pula sering kali kalah saman kerana terlalu banyak berita fitnah. Mujur ada akhbar Kosmo yang pandai buat berita-berita sensasi dan seks, ala Harian Metro untuk cover balik kerugian Utusan.


ReJaM© "Utusan Malaysia, perosak fikiran rakyat..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan