Hakim putuskan Utusan fitnah dan tak perlu mintak maaf?

ALAHAI Utusan Malaysia! Gua tergelak tengok gelagat Utusan menegakkan benang basah. Selagi boleh belit, dia belit sampai terbelit-belit dan sembelit. Dari buaya sampai jadi cicak.

Dalam isu saman Khalid Samad terhadap Utusan kerana memfitnahnya, berita yang ingin diketahui rakyat ialah, adakah Utusan terbukti memfitnah? Siapa yang menang kes saman ini?

Beritanyanya mudah dan simple iaitu, Utusan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai terbukti bersalah kerana memfitnah Khalid Samad dan hukuman atau ganti rugi akan dikenakan kepada defendan.

Tapi bila berita ini disiarkan di Utusan, habis digorengnya. Dari berita Utusan terbukti bersalah, jadi berita seolah-olah hakim mengarahkan Utusan agar jangan memohon maaf.

Tambah melucukan, timbul pula kisah Hakim yang mengendalikan kes ini telah menjadi bingung. Sila baca screenshot di bawah [Utusan].


Barulah gua faham, kalau dah terbukti memfitnah, maka pihak yang memfitnah tidak perlu memohon maaf. Maka tak hairanlah Utusan boleh memfitnah berulang kali tanpa rasa bersalah, dan sebab itu juga tak perlu minta maaf.


RentaP© "Kalau kambeng paham, kambeng pun geleng kepala..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan