Sunday

Isu Hudud, TV3 kata DAP jadi boneka PAS



SELAMA berbulan-bulan lamanya TV3 Al-Musyrikin menyebarkan propaganda kononnya di dalam isu Hukum Hudud, PAS menjadi boneka DAP, diperkudakan DAP, tunduk pada DAP dan sebagainya.

Tapi kini, propaganda baru pula dicipta. Demi meraih sokongan bukan Islam kepada Barisan Nasional, TV3 Al-Musyrikin menyebarkan propaganda baru kononnya DAP pula menjadi boneka PAS.



Ini yang dinamakan taktik pecah dan perintah. Taktik ini juga yang digunakan oleh penjajah untuk menakluk negara dengan memecah belahkan sokongan rakyat. Dalam hal ini taktik ini digunakan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

UMNO yang mendakwa mereka memperjuangkan Melayu, masih lagi menggunakan nama British, United Malays National Organisation. Maka tidak hairanlah taktik penjajah British digunakan untuk menakluk minda rakyat.

Kejap PAS jadi boneka DAP, kejap DAP jadi boneka PAS, mana yang betul? Tapi apa yang jelas, selepas menerima ugutan dari MCA dan Gerakan yang ingin keluar Barisan Nasional kerana Muhyiddin Yassin menyokong Hudud, Najib memberi jaminan BN tidak akan melaksanakan Hudud.

Rujuk Video di bawah.



ReJaM© "Sanggup Najib tolak hukum Allah kerana tunduk pada MCA dan Gerakan..."


EmoticonEmoticon