Laporan Audit 2010, Saranan Audit Negara tidak dipedulikan

BERIKUT petikan muka surat 7 laporan buku Audit Negara 2010 yang turut dibentangkan di dalam dewan rakyat.

Laporan Audit Negara mendedahkan bahawa saranan Audit Negara di dalam menyelesaikan masaalah dan kelemahan berhubung penggunaan dana dan hasil tidak diendahkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kelemahan tersebut masih terus berlaku dan kali ini melibatkan kekurangan dana oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5.95 bilion yang terpaksa dibiayai oleh wang tunai.


RM5.95 bilion bukan satu jumlah wang yang kecil, kalau RM5.95 bilion ditukar kepada duit seposen nescaya tenggelam bangunan parlimen ditimbus oleh duit. Kalau ditabur di atas bangunan Jabatan Perdana Menteri, maka semua kakitangan berpindah ke alam Barzakh.

Namun inilah hakikatnya, duit sebegitu banyak boleh terlepas pandang. Bagaimana Kerajaan Persekutuan menguruskan kewangan negara?

ReJaM© "RM5.95 Bilion mampu membeli 120,000 buah beg tangan mewah Lady Gajah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan